Diskaun 70% Pembayaran Saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan, Ini Cara Semak Saman

Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Bulan Kemerdekaan bakal tiba tidak lama lagi maka tawaran pengurangan pembayaran saman pun pasti ditunggu-tunggu!

Isi Kandungan

TAWARAN DISKAUN SAMAN JPJ

Tawaran pengurangan pembayaran saman yang ditawarkan ini adalah bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020.

Tawaran ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah:

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334),
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
  • Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya
  • Termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam

DISKAUN 70% DITAWARKAN

Sebanyak 70% pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut. Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pambayaran dapat dilakukan.

CARA SEMAK SAMAN ONLINE / SMS

Semakan saman JPJ dan pembayaran boleh dilakukan secara atas talian sahaja dengan mudah! Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh buat semakan melalui SMS.

Untuk cara semak saman JPJ secara online atau SMS, anda boleh semak di pautan berikut:

Jadi tunggu apa lagi, tawaran 70% diskaun itu bukan sedikit! Jangan sia-siakan peluang ini, anda boleh buat bayaran sepanjang bulan Ogos untuk nikmati diskaun luar biasa ini.

Semoga bermanfaat!

Diskaun 70% Pembayaran Saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan, Ini Cara Semak Saman Diskaun 70% Pembayaran Saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan, Ini Cara Semak Saman

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma