Kisah Kejayaan Pemuda 22 Tahun Mampu Gaji Enam Pekerja

Azmani Nurdin yang merupakan orang asli suku Temuan yang baru serusia 22 tahun merupakan orang asli suku Temuan boleh berbangga kerana berkeupayaan menggaji enam pekerja di kebun sayur miliknya di RPS Sungai Bilut di sini yang diusahakan sejak tiga tahun lepas.

Walaupun ramai yang memandang rendah dengan kerjaya pertanian, namun sebenarnya jika diusahakan ramai yang boleh berjaya seperti beliau.

Jika anda nak tahu jalan hidup beliau dan pertanian yang dilakukan sehingga berjaya, ikuti perkongsian di bawah.

KEBUN YANG DIUSAHAKAN

Menurut Azmani, kebun yang dilakukan dengan kaedah sistem fertigasi itu melibatkan timun, cili, terung dan petola yang ditanam secara giliran bagi memastikan kesuburan tanah terus kekal, sekali gus menjamin kualiti hasil tanaman.

Kebun seluas lebih 0.4 hektar itu mula diusahakannya seawal usia 19 tahun dan imbas Azmani, beliau terpaksa menebalkan muka memohon bantuan daripada pelbagai agensi selain meminjam daripada keluarga dan rakan untuk dijadikan modal permulaan.

Kisah Kejayaan Pemuda 22 Tahun Mampu Gaji Enam Pekerja

PERJALANAN USAHA SEHINGGA BERJAYA

Menurut Azmani, ramai yang ragu-ragu dengan niat, kebolehan dan kesungguhannya untuk memulakan projek tersebut. Usia yang muda mungkin menyebabkan ramai tidak percaya Azmani boleh pergi jauh tambahan dengan dirinya yang tiada pengalaman.

Azmani berkata dia hanya menoreh getah selepas tamat Tingkatan Lima dengan upah RM70 seminggu. Selepas itu, dia ke Pulau Pinang untuk belajar dalam bidang kemahiran. Jadi, tidak dinafikan memang kosong dalam pertanian.

Selepas hasil pertama yang diperolehinya, masih ada yang tidak yakin dia boleh meneruskan kerjaya sebagai petani. Tapi, alhamdulillah berkat usaha dan sokongan semua, mereka kini sudah nampak bidang pertanian boleh mendatangkan pendapatan.

Bagi menambah ilmu dalam bidang pertanian, beliau mula menyambung pelajaran di Institut Pertanian Lipis pada awal tahun ini dan berulang-alik dengan menaiki bas pada setiap hujung minggu untuk ke kebun sebelum pengajian ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19.

Kisah Kejayaan Pemuda 22 Tahun Mampu Gaji Enam Pekerja

UJIAN KERUGIAN RM40,000

Seperti petani lain, Azmani berkata, dirinya juga pernah diuji apabila tanaman cili yang diusahakan pada hujung tahun 2017 diserang penyakit sehingga mengalami kerugian hampir RM40,000 menyebabkan beliau ‘terduduk’ kerana bimbang bagaimana hendak membayar gaji pekerja.

Enggan mengalah, Azmani mengumpul pekerjanya untuk menerangkan situasi sebenar dan atas semangat berpasukan, mereka bangkit semula dengan menanam tanaman baharu bagi mendapatkan semula modal pusingan.

PULANGAN HASIL KINI

Buat masa ini, kebun itu diusahakan dengan tanaman timun dan jangkaan tuaian sebanyak 20 tan yang akan dipasarkan ke Pasar Borong Selayang, Selangor dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kiraan pulangan sebanyak RM20,000.

Dengan hasil tanaman yang diusahakan, Azmani dapat memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada keluarga. Jika dahulu ada masanya kami terpaksa makan ubi kayu, namun kini setiap hari kami boleh menjamah nasi.

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada ramai orang untuk terus berjaya tidak kira dalam bidang apapun. Ambil peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk berjaya sama seperti orang lain. Kita seharusnya mengubah nasib sendiri. Jika diberikan seribu bantuan sekalipun, ia tidak akan ke mana jika bukan kita yang berusaha

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma