Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020
Pembayaran Fasa 3 BSH 2020 adalah mulai 24 Julai 2020 secara pengkreditan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan. Jika tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.
Bagi yang mengalami masalah Permohonan Tidak Lulus, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan rayuan.
Isi Kandungan
TARIKH RAYUAN BSH 2020
Menurut pemakluman di laman web rasmi BSH, permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat mulai 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Pemohon yang tidak lulus permohonan perlu tunggu tarikh ini bagi membuat permohonan rayuan.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020
Untuk makluman anda, permohonan rayuan boleh dibuat dengan salah satu kaedah berikut:
- Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat di semua cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula 7 Ogos 2020
- Permohonan rayuan secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja bermula 7 Ogos 2020
Permohonan Rayuan BSH Di Cawangan LHDN
Bagi pemohon yang ingin membuat permohonan rayuan secara manual, anda perlu hadir ke cawangan LHDN berdekatan bersama dokumen sokongan berikut:
- Salinan MyKad sendiri
- Salinan MyKad pasangan
- Penyata gaji terkini
- Surat status perkahwinan
Permohonan Rayuan BSH Secara Online
Pemohon yang tidak lulus permohonan dengan kod tertentu boleh membuat rayuan secara atas talian di Portal Rasmi BSH dengan langkah berikut:
- Pergi ke Portal Rasmi BSH
- Klik pada Rayuan (akan mula dipaparkan mulai 7 Ogos 2020)
- Masukkan nombor kad pengenalan atau MyKad dan klik carian
- Ikut langkah berikutnya sehingga permohonan rayuan BSH selesai
KOD TIDAK LULUS BSH
Berikut adalah beberapa Kod Tidak Lulus BSH yang membolehkan pemohon membuat permohonan secara atas talian:
- Kod 05 – Semakan daripada rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM4,000
- Kod 06 – Semakan daripada rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM4,000 termasuk perniagaan
- Kod 08 – Didapati pemohon berdaftar sebagai pemegang saham / pengarah syarikat / perkongsian liabiliti berhad
- Kod 09 – Didapati pasangan yang berdaftar sebagai pemegang saham / pengarah syarikat / perkongsian liabiliti berhad
- Kod 38 – Berdasarkan rekod agensi didapati pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di luar negara
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai permohonan Rayuan BSH 2020, anda boleh hubungi talian BSH LHDNM di 1-800-88-2716. Waktu operasi talian adalah bermula 9 pagi sehingga 5 petang.