Contoh Soalan Ujian Psikometrik PSEE SPA Beserta Tips Menjawab Soalan

Untuk pengetahuan anda, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjadikan ujian Psikometrik sebagai ujian wajib dijalankan ke atas setiap calon sebagai tapisan seterusnya. Setiap calon yang akan memasuki bidang kerajaan, memang wajib lulus ujian ini.

Namun nak jawab soalan tidak susah pun kerana ia berkaitan personaliti calon dan logik sebagai pekerja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui bentuk ujian Psikometrik serta tips dan contoh soalan ujian yang biasa ditanya.

BENTUK UJIAN PSIKOMETRIK

Calon perlu menjawab soalan berbentuk psikologi yang merangkumi aspek berikut:

  • Personaliti
  • Motivasi
  • Kejujuran
  • Integriti
  • Kebolehan Sosial
  • Kestabilan Sosial
  • Kestabilan Emosi
  • Disiplin
  • Kerjasama
  • Komunikasi

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Biasanya calon diberikan masa 60 minit untuk selesaikan sebanyak 200 soalan.

TIPS MENJAWAB SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

Soalan yang disediakan memang nampak mudah di mana setiap orang pasti boleh jawab. Namun perkara paling penting calon perlu ingat dalam memberi setiap jawapan adalah:

  • Tidak perlu menjadi hipokrik
  • Sembunyikan KEBURUKAN tonjolkan KELEBIHAN
  • Keluarkan kualiti TERBAIK anda
  • Jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda
  • Sentiasa konsisten dengan setiap jawapan.
  • Jangan tunjukkan anda seorang yang tidak bergaul dengan orang, tidak menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk, kurang yakin dengan diri sendiri dan sifat negatif lain.

Sebenarnya soalan-soalan yang akan diberikan adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda dan persekitaran anda. Jadi calon perlu tunjukkan aura positif yang menguasai diri anda, bukannya negatif.

Jadi nasihat untuk semua calon, jawablah sebagai seorang pekerja yang mempunyai sifat positif. Memang logiklah, tidak mungkinlah majikan akan ambil pekerja yang negatif kan?

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain mengganggu kerja saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa
kini.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk
menang.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21
tahun.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju

11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh
berjenaka.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat seseorang.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

15. Saya mudah berasa bosan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik
sahaja ia bermula.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju

19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke
arahnya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

20. Member laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik
daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

Walaubagaimapun, biasanya soalan untuk ujian ini lebih kurang sama sahaja seperti ini. Ini hanyalah sebahagian soalan sebagai panduan atau gambaran kepada calon untuk persediaan menghadapi ujian Psikometrik SPA.

Kesimpulannya, jawablahh soalan secara logik yang menggambarkan anda mempunyai ciri-ciri pekerja yang berdisiplin. Calon juga boleh lihat contoh-contoh soalan yang akan ditanya dalam temudaga SPA nanti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat panduan calon.

Selamat maju jaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma