Permohonan Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP), Pembiayaan Sehingga RM100,000
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyediakan Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang(TPUP) sebagai sumber pembiayaan secara pinjaman kepada usahawan peladang sedia ada bagi membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran dan pendapatan melalui pelaksanaan projek yang memberikan nilai tambah kepada hasil-hasil pengeluaran pertanian.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang serta syarat kelayakan dan permohonan pembiayaan.
Isi Kandungan
OBJEKTIF TPUP
Antara objektif pelaksanaan Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang adalah:
- Meningkatkan pendapatan 500 usahawan berpendapatan sehingga atau melebihi RM4,000 sebulan menjelang 2020
- Meningkatkan bilangan usahawan peladang yang mampu menghasilkan produk memenuhi tahap piawaian tempatan dan bersedia untuk memasuki pasaran antarabangsa
- Meningkat dan memantapkan usahawan peladang yang mempunyai jaringan perniagaan dengan PP dan mewujudkan satu rantaian nilai produk yang dikeluarkan oleh usahawan
PELAKSANAAN PROJEK
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mempelawa usahawan peladang yang berkelayakan untuk memohon pembiayaan TPUP bagi melaksanakan projek berikut:
- Industri Asas Tani (IAT)
– Contohnya penghasilan produk proses berasaskan makanan dan bukan makanan serta aktiviti sokongan IAT - Pengeluaran Pertanian
– Contohnya tanaman, ternakan dan akuakultur - Perkhidmatan
– Contohnya Agropelancongan, Pengangkutan dan Kejenteraan Ladang
KAEDAH PEMBIAYAAN
Kaedah pembiayaan adalah dalam bentuk pinjaman dengan jumlah maksima pembiayaan sebanyak RM100,000 dengan kos perkhidmatan sebanyak 2% daripada nilai pembiayaan. Pembiayaan adalah dalam bentuk matabenda.
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat-syarat permohonan pembiayaan:
- Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
- Berumur 18 tahun hingga 58 tahun
- Mempunyai saham minima RM300 di PPK
- Mengisi borang permohonan TPUP dengan lengkap
- Sedang mengusahakan projek
- Memenuhi skop projek yang disyaratkan
- Pinjaman tidak boleh bertindih
- Mematuhi syarat saiz minima projek seperti ditetapkan
CARA MEMOHON
Jika anda berminat untuk dapatkan pembiayaan yang ditawarkan ini, anda boleh buat permohonan sekarang dengan mengisi permohonan online di pautan berikut:
Pilih Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) di bahagian Program Pembiayaan. Isikan semua maklumat yang diminta.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Ketua Cawangan Pembiayaan di talian 03 26109600 atau email ke mohdfarhan@lpp.gov.my. Anda juga boleh hubungi pejabat LPP negeri seperti berikut: