Cara Daftar i-Akaun Dan Buat Semakan Baki Akaun KWSP Online

Sudah pasang niat nak buat permohonan pengeluaran Akaun 1 melalui i-Sinar apabila dibuka nanti? Sebelum buat pengeluaran, lebih baik jika anda buat semakan baki Akaun 1 KWSP anda sekarang.

Sebagai Ahli KWSP, anda wajib ada i-Akaun untuk memudahkan urusan anda kerana pelbagai kemudahan disediakan dalam i-Akaun ini. Antaranya adalah anda boleh buat semakan baki Akaun 1 KWSP anda untuk mohon pengeluaran i-Sinar.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara daftar i-Akaun KWSP dan buat semakan baki Akaun 1 KWSP secara online untuk pengeluaran i-Sinar.

Isi Kandungan

KEMUDAHAN i-AKAUN

Antara kemudahan yang disediakan dalam i-Akaun adalah:

  • Menggunakan perkhidmatan e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Semakan baki Akaun 1 KWSP untuk pengeluaran i-Sinar
  • Menyemak status permohonan pengeluaran
  • Menyemak sejarah pengeluaran
  • Menyemak status penamaan
  • Mengira anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

CARA DAFTAR i-AKAUN

Sebelum buat semakan baki Akaun 1 KWSP, pastikan anda daftar i-Akaun terlebih dahulu.

Anda boleh ke mana-mana Kiosk atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad. Anda boleh semak senarai Kiosk KWSP di seluruh negeri dan cara dapatkan kod pengaktifan i-Akaun.

  1. Setelah selesai pendaftaran di Kiosk atau Kaunter KWSP, anda akan menerima kata laluan melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun
    Cara Buat Semakan Baki Akaun 1 KWSP Untuk Pengeluaran i-Sinar
  2. Setelah itu, layari laman web KWSP dan klik pada Login Ke i-Akaun (Ahli) 
  3. Klik Pengaktifan i-Akaun untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari
  4. Masukkan ID/ No Ahli yang diterima daripada Kiosk atau Kaunter KWSP / melalui SMS. Klik Teruskan
    Cara Buat Semakan Baki Akaun 1 KWSP Untuk Pengeluaran i-Sinar
  5. Masukkan Kata Laluan yang diterima sekali dengan ID di Kiosk atau Kaunter KWSP / melalui SMS. Klik Log Masuk
    Cara Buat Semakan Baki Akaun 1 KWSP Untuk Pengeluaran i-Sinar
  6. Baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak dan klik Seterusnya
    Cara Buat Semakan Baki Akaun 1 KWSP Untuk Pengeluaran i-Sinar
  7. Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna
  8. Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan
    masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan
  9. Pilih Imej Online
  10. Sila isi Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya
    Cara Buat Semakan Baki Akaun 1 KWSP Untuk Pengeluaran i-Sinar
  11. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan Ahli boleh terus login ke i-Akaun
    Cara Buat Semakan Baki Akaun 1 KWSP Untuk Pengeluaran i-Sinar

Bila dah ada i-Akaun, kini anda sudah boleh buat semakan baki Akaun 1 KWSP untuk pengeluaran i-Sinar nanti.

SEMAKAN BAKI AKAUN 1 KWSP

Dah selesai daftar i-Akaun KWSP, kini anda sudah boleh buat semakan baki Akaun 1 KWSP secara online untuk pengeluaran i-Sinar. Berikut adalah langkah-langkah membuat semakan baki Akaun 1 KWSP:

  1. Log masuk ke i-Akaun di laman https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
    Cara Buat Semakan Baki Akaun 1 KWSP Untuk Pengeluaran i-Sinar
  2. Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh terus semak penyata anda
  3. Untuk buat semakan baki Akaun 1 KWSP, terus klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’.
  4. Baki simpanan baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP anda akan dipaparkan
    Cara Buat Semakan Baki Akaun 1 KWSP Untuk Pengeluaran i-Sinar
  5. Anda boleh cetak sekiranya perlu

TARIKH PERMOHONAN i-SINAR KWSP

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan pengeluaran i-Sinar adalah diperluas kepada semua Ahli KWSP yang melibatkan 8 juta Ahli.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat mulai pertengahan Disember 2020.

Baca sini: Tarikh Permohonan i-Sinar KWSP Bermula Disember 2020 & Cara Memohon

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda lakukan semakan baki Akaun 1 KWSP untuk pengeluaran i-Sinar. Dengan kemudahan yang disediakan, banyak urusan dapat menjimatkan masa kerana anda tidak lagi perlu pergi ke kaunter KWSP untuk urusan yang remeh.

Baca juga: Contoh Bukti Pendapatan Terjejas Yang Anda Boleh Gunakan Sebagai Dokumen Sokongan Mohon i-Sinar

Selamat mencuba!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma