Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online

Simpanan Syariah dilancarkan pada Ogos 2016 atas permintaan tinggi segelintir ahli yang mengkehendaki simpanan mereka diurus dan dilabur berdasarkan prinsip syariah. KWSP memberi jaminan kepada ahli yang memilih Simpanan Syariah bahawa kesemua pelaburan mereka adalah patuh syariah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai kelebihan Akaun Syariah dan menukar Akaun Konvensional kepada Syariah dan cara membuat penukaran akaun KWSP.

KELEBIHAN AKAUN KWSP SYARIAH

Antara kelebihan Akaun Syariah KWSP adalah:

  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
  • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.

PERBEZAAN AKAUN SYARIAH DENGAN AKAUN KONVENSIONAL

Berikut adalah perbezaan antara Akaun Syariah dengan Akaun Konvensional KWSP:

Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online

CARA TUKAR KE AKAUN SYARIAH KWSP

Secara umumnya, terdapat 3 kaedah untuk buat penukaran akaun simpanan KWSP iaitu:

  • Melalui kaunter KWSP – Hanya perlu bawa MyKad
  • KWSP Mobile Team
  • Secara Online (i-Akaun)

Namun untuk lebih memudahkan urusan, anda boleh buat secara online dengan cara berikut.

1) Login Ke i-Akaun

Anda perlu login ke i-Akaun.

Bagi yang masih tiada i-Akaun anda boleh daftar i-Akaun di kiosk KWSP berdekatan dengan mudah sekali.

Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online

2) Klik ‘Register Now’

Jika di bawah status ada tulis ‘ Your EPF account is currently not syariah compliant’ itu bermaksud akaun anda masih konvensional.

Clik Register Now untuk daftar akaun syariah KWSP.

Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online

3) Sahkah Butiran

Pastikan nombor telefon yang dipaparkan masih aktif kerana anda akan request TAC melalui nombor tersebut.

Sahkan butiran yang tertera dan tekan butang Next.

Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online

4) e-Akad

Baca e-Akad dan tick dalam kotak yang disediakan. Seterusnya klik Next.

Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online

5) Pengesahan TAC

Masukkan nombor TAC yang diterima melalui SMS.

Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online

6) Tunggu Notifikasi

Bila dah siap proses tadi, akan keluar page acknowledgement macam ni. Nanti kita akan terima mesej notifikasi melalui SMS dan email bagi memaklumkan status penukaran ini.

Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online

7) Semak Status

Akan keluar paparan seperti ini dan anda akan nampak status simpanan syariah anda ‘Approved

Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online

Dah siap! Kini akaun KWSP adalah Akaun Syariah. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda dalam menukar dari Akaun Konvensional ke Akaun Syariah KWSP.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma