Cara Transfer Duit Ke Akaun Tabung Haji Guna CIMB Clicks
Sekarang ini semuanya di hujung jari, hampir kesemua urusan boleh dilakukan secara online termasuklah Tabung Haji. Bagi ibu bapa yang buat simpanan anak di Tabung Haji atau anda sendiri ada simpanan di Tabung Haji, senanglah urusan anda! Hanya gunakan CIMB Clicks sahaja untuk pindahkan wang terus ke Tabung Haji.
Senang sahaja sebenarnya. Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan transfer duit dari CIMB Click ke Tabung Haji.
Isi Kandungan
CARA TRANSFER DUIT KE TABUNG HAJI
Login Ke CIMB Clicks
Anda perlu login ke akaun CIMB Clicks
Klik ‘Pay Bills”
Pilih menu ‘ Pay & Transfer‘ dan klik pada butang ‘Pay Bills’
Cari Lembaga Tabung Haji
Di bahagian Biller, taip ‘Lembaga Tabung Haji‘
Masukkan Maklumat Akaun Tabung Haji & Amaun
Masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor IC pemegang akaun. Isikan jumlah amaun yang nak dipindahkan ke Tabung Haji. Sila semak nombor akaun pastikan betul, kemudian klik Make A Payment.
Request TAC
Akhir sekali, anda perlu request TAC dan masukkan TAC yang diterima melalui SMS. Siap! Urusan pemindahan anda selesai.
CARA DAFTAR TABUNG HAJI DENGAN MAYBANK2U
Untuk memudahkan lagi urusan anda membuat semakan baki akaun simpanan Tabung Haji, anda juga boleh hubungkan Tabung Haji ke Maybank menggunakan kad ATM. Selepas dihubungkan, anda boleh gunakan perkhidmatan Tabung Haji dalam perbankan online Maybank2u.
Berikut adalah cara daftar Tabung Haji dengan Maybank2u:
Anda juga boleh semak baki dan buat pemindahan secara atas talian dari Tabung Haji dengan kemudahan perbankan online THiJARI. Anda boleh Daftar Akaun Tabung Haji Online Guna THiJARI.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda sebagai panduan membuat pindahan wang ke akaun Tabung Haji. Selepas ini senanglah ibu bapa membuat simpanan lebih untuk anak-anak dalam akaun Tabung Haji.