Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitumal 2020 Kini Dibuka

Untuk makluman ibu bapa, waris dan pelajar, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Bantuan Am Persekolahan Baitumal tahun 2020 bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 Rendah. Tujuan bantuan ini diberikan adalah bagi meringankan beban kos tanggungan persekolahan bagi keluarga yang layak.

Bagi pelajar yang ingin memohon, anda boleh semak kelayakan yang perlu dipenuhi dan boleh membuat permohonan bantuan persekolahan ini dengan cara yang dikongsikan di bawah.

Isi Kandungan

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah:

  • Beragama Islam
  • Tidak mendapat tajaan biasiswa daripada mana-mana pihak
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan Labuan sekurang-kurangnya 1 tahun dan masih menetap
  • Pelajar mestilah bersekolah di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan atau sekolah agama kerajaan negeri atau sekolah agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam negeri masing-masing
  • Tertakluk kepada pengiraan had kifayah yang telah ditetapkan

PERMOHONAN BANTUAN

Permohonan Bantuan Am Persekolahan perlu dibuat sebelum tarikh tutup yang ditetapkan iaitu 31 Julai 2020. Pelajar boleh dapatkan borang permohonan bantuan melalui saluran berikut:

  • Bagi pelajar bersekolah di Wilayah Persekutuan Labuan, borang permohonan boleh diperolehi daripada Guru Biasiswa Baitumal yang dilantik di sekolah masing-masing
  • Bagi pelajar bersekolah di luar Wilayah Persekutuan Labuan, borang permohonan boleh diperolehi di alamat berikut:
    Unit Akademik Zakat Fitrah & Sumber Am
    Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan,
    Wilayah Persekutuan Labuan

Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dihantar balik kepada Guru Baitumal Sekolah atau Unit Akademik Zakat Fitrah & Sumber Am sebelum tarikh tutup.

Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitumal 2020 Kini DIbuka

Baca juga: Bantuan Membayar Deposit Membeli Rumah Kos Rumah MAIWP

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma