Cara Paling Mudah Menabung Secara Paksa Hanya Guna Maybank2u
Bila dengar sahaja perkataan menabung, pasti ramai yang ada impian nak menabung kan? Setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza-beza. ‘Goal’ semua orang tidak sama. Ada yang nak menyimpan untuk kahwin, melancong, belajar dan macam-macam lagi.
Nak mula menabung memang senang, tetapi nak konsisten itu perkara yang paling susah nak buat! Tambah-tambah sekarang ini banyak platform online shopping, memang susah wang simpanan nak melekat dalam bank.
Tahu tak sebenarnya anda boleh menabung dengan hanya guna Maybank2u? Setiap bulan wang automatik ditolak dari bank anda seperti yang anda tetapkan dan masuk ke tabung.
Kaedah tabungan ini dipanggil tabungan paksaan. Sanggup atau tidak, wang anda akan disimpan setiap bulan ke tabung! Pasti berkesan bagi yang betul-betul nak menabung.
Baca juga: Cara Daftar Akaun Maybank2u. Panduan Lengkap Dengan Gambar
Isi Kandungan
CREATE GOAL DI MAYBANK2U
Satu tabung di Maybank2u yang ramai tidak tahu dipanggil Create Goal+. Ini serba sedikit mengenai Create Goal Maybank2u yang perlu anda tahu:
- Kena tahu apa Goal anda. Contohnya untuk kahwin, melancong, shopping, beli kereta, bayar roadtax atau lain-lain
- Kena set berapa nak simpan setiap bulan. Maybank2u akan tolak duit dari akaun seperti yang ditetapkan. Anda boleh ubah bila-bila masa
- Set tempoh simpanan yang anda nak buat
- Bila dah tiba tempoh matang, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank
CARA MENABUNG GUNA MAYBANK2U
Login ke maybank2u.com
Scroll ke bawah dan anda akan jumpa Create Goal+
Masukkan kategori (travel, shopping, gift, family, education atau others). Letak goal name anda. Contohnya target travel ke umrah, letak umrah. Di bahagian commitment ada by Monthly Amount dan by duration. Pilih tolak daripada Saving Account dan letakkan jumlah yang anda target di Goal Amount.
Letak jumlah deposit anda sebagai permulaan dan masukkan jumlah yang nak ditolak setiap bulan dari akaun. Setkan Starting Date iaitu setiap berapa haribulan nak duit ditolak. Klik Start untuk mula menabung.
Siap cek dan sahkan, anda klik Confirm.
Anda dah berjaya set Goal anda di Maybank2u! Kalau nak tambah goal lain pun boleh, klik sahaja Create Goal+. Anda juga boleh cancel goal anda dengan klik 3 titik di bawah jumlah tersebut. Wang akan dikembalikan ke dalam akaun anda.
Mudah kan? Sebenarnya simpanan secara paksaan seperti ini lah kaedah yang paling mujarab sekali untuk buat simpanan secara konsisten. Selepas set kan simpanan, wang ditolak setiap bulan tanpa sedar. Sedar-sedar simpanan sudah nak mencapai goal anda!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk membantu anda mulakan menabung dengan mudah. Selamat mencuba!