Polis Dedah 12 Pelaburan Online ‘Jerat’ Mangsa, Sila Ambil Perhatian
Pelaburan online kini sangat terkenal di kalangan orang muda yang berhasrat untuk menambahkan keuntungan daripada wang yang sedia ada. Membuat pelaburan sesungguhnya satu inisiatif yang sangat bagus untuk menyimpan. Namun, jika tersalah tempat melabur, buruk padahnya kena tanggung kerugian!
Jadi untuk elakkan diri terjerat dengan saluran pelaburan yang salah, sila ambil perhatian perkongsian ini!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 12 pelaburan online yang digunakan sindiket untuk memperdaya mangsa.
Isi Kandungan
12 PELABURAN ONLINE MENIPU MANGSA
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin mendedahkan 12 pelaburan online tersebut adalah:
- I Rakyat Trade
- IQ Option
- Global Investement
- Wei Jian Zhi
- Olymp Trade
- AA Anthony
- Global Trader
- People Global Network
- Rakuten Trade
- Wine Exchange China
- GWFX Global
- Private Investment Trade Dubai (PITD)
TAKTIK PENIPUAN MANGSA DALAM PELABURAN ONLINE
Sindiket penipuan pelaburan ini biasanya akan menggunakan platform media sosial seperti Facebook, WeChat, Instagram dan WhatsApp untuk ‘menjerat’ mangsa menyertai 12 pelaburan online ini.
Sindiket berkenaan akan menjanjikan pakej serta keuntungan yang lumayan seperti pulangan wang 13 kali ganda selain memperoleh untung dalam tempoh masa yang singkat.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan testimoni kenyataan atau janji palsu yang ditawarkan untuk memperdaya mangsa. Usah melabur sekiranya trader online meminta anda untuk memasukkan wang ke akaun individu atau syarikat mereka.
DAPATKAN SUMBER RASMI SEBELUM BUAT PELABURAN
Pastikan anda semak dan dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi sebelum membuat keputusan untuk melabur. Anda boleh dapatkan sumber rasmi daripada:
- Jabatan Siasatan Jenayah Komersil: semakmule
- Alert List Bank negara Malaysia
- Security Commision
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda untuk lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan selepas ini. Ingat, sebelum membuat keputusan yang memerlukan anda mengeluarkan wang yang banyak pastikan anda dapatkan sumber yang sahih dahulu mengenai latar belakang syarikat tersebut.