Logo Rasmi Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Rukun Negara
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Julai 2020 lepas telah melancarkan logo sambutan 50 tahun Rukun Negara. Dilancarkan di layar skrin dengan animasi 3-Dimensi, logo yang julung kali dicipta itu dilancarkan selepas Perdana Menteri menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara di Bangunan Perdana Putra.
Perdana Menteri mengetuai bacaan lafaz Rukun Negara pada pelancaran sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara.
Ketahui maksud-maksud disebalik setiap bahagian logo Rukun Negara yang baru dilancarkan ini.
Isi Kandungan
LOGO RASMI 50 TAHUN RUKUN NEGARA
Logo rasmi sambutan Jubli Emas Rukun Negara ini pastinya membawa pelbagai maksud. Jika dilihat daripada logo tersebut:
- Lima jalur menggambarkan lima prinsip Rukun Negara.
- Bulan dan bintang melambangkan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan.
- Tengkolok berkerawang bulan dan bintang, simbolik prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara serta Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang
- Angka 50 dan warna biru pula melambangkan amalan perpaduan dalam Kesopanan dan Kesusilaan.
- Turun dilancar, lembaran mini khas menggunakan warna emas pada peta Malaysia melambangkan semangat Rukun Negara yang dijunjung tinggi, seluruh rakyat Malaysia.
5 PRINSIP RUKUN NEGARA
5 Prinsip Rukun Negara yang perlu sentiasa dijadikan prinsip dalam setiap rakyat Malaysia adalah:
- Kepercayaan Kepada Tuhan
- Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda sebagai rakyat Malaysia untuk sentiasa mengingati prinsip-prinsip penting ini.