Beza Gaji Asas, Gaji Kasar & Gaji Bersih: Ramai Masih Keliru Tentang Gaji Sebenar Masuk Bank •Contoh Offer Letter Kerja Malaysia 2026: Format Lengkap, Maklumat Wajib & Panduan Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Buat Ayat Permohonan Kerja Part-Time Yang Profesional (WhatsApp, Emel & Surat Rasmi) •Analisis Lengkap: Masa Depan Kerjaya Lulusan Master & PhD Di Malaysia Tahun 2026 •Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis 2026: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon • Beza Gaji Asas, Gaji Kasar & Gaji Bersih: Ramai Masih Keliru Tentang Gaji Sebenar Masuk Bank •Contoh Offer Letter Kerja Malaysia 2026: Format Lengkap, Maklumat Wajib & Panduan Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Buat Ayat Permohonan Kerja Part-Time Yang Profesional (WhatsApp, Emel & Surat Rasmi) •Analisis Lengkap: Masa Depan Kerjaya Lulusan Master & PhD Di Malaysia Tahun 2026 •Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis 2026: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon •

Gaji Pendapatan RM4,849 Kini Dianggap B40

Oleh Cikgu Shaari • July 13, 2020 • 2 min baca

Gaji Pendapatan RM4,849 Kini Dianggap B40
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Mengikut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jurang pendapatan golongan miskin dan kaya di negara ini melebar pada 2019. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) disemak kepada RM2,208 berdasarkan pengiraan yang dibuat mengikut metodologi pada 2019.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui jumlah pendapatan bagi golongan B40, M40 dan T20 yang baru.

Golongan B40

Berikutan dengan penetapan PGK yang baru, Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) telah melaporkan rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,849 sebulan pada tahun 2019 digolongkan sebagai golongan B40.

Hasil kajian menunjukkan pada tahun 2019 sebanyak 2.91 juta isi rumah di Malaysia tergolong dalam golongan B40 iaitu mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM4,849 sebulan.

Golongan M40

Bagi individu yang mempunyai pendapatan RM4,850 sehingga RM10,959 pula tergolong dalam golongan M40. Sebanyak 2.91 juta isi rumah dicatatkan tergolong dalam M40.

Golongan T20

Golongan T20 pula adalah  golongan individu yang mempunyai pendapatan RM10,959 ke atas sebulan. Sebanyak 1.49 juta isi rumah dicatatkan tergolong dalam golongan T20.

Kadar Pendapatan Isi Rumah Di Kuala Lumpur Paling Tinggi

Gaji Pendapatan RM4,849 Kini Dianggap B40

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kadar pendapatan isi rumah penengah tertinggi iaitu RM10,549 diikuti oleh Putrajaya sebanyak RM9,983.

Sementara Selangor mencatatkan sebanyak RM8,210 diikuti Labuan (RM6,726), Johor (RM6,427), Pulau Pinang (RM6,169) dan Melaka (RM6,054).

Menurut hasil laporan Penemuan Utama: Pendapatan, Kemiskinan, Ketaksamarataan, Perbelanjaan, Kemudahan Asas, Putrajaya mencatatkan peningkatan tertinggi kadar pertumbuhan tahunan dikompaun bagi pendapatan penengah iaitu 6.3 peratus dalam tempoh 2016 hingga 2019 iaitu lebih 1.6 kali ganda daripada kadar pertumbuhan penengah nasional iaitu 3.9 peratus.

Kiraan Jurang Pendapatan

Pekali Gini digunakan bagi mengukur ketidaksamarataan ekonomi atau jurang pendapatan. Secara asasnya pekali Gini kurang 0.2 bermakna kekayaan negara dibahagikan secara sama rata dengan sempurna.

Pekali Gini antara 0.2 – 0.3 menunjukkan kekayaan negara dibahagikan secara sama rata dengan baik. Pekali Gini antara 0.3 – 0.4 pula membawa maksud kekayaan negara dibahagikan secara sama rata dengan memuaskan.

Pekali Gini antara 0.4-0.5 pula menandakan wujudnya ketidaksamarataan dalam pembahagian kekayaan negara dan wujudnya jurang pendapatan yang besar. Sementara itu pekali Gini lebih tinggi daripada 0.5 pula menandakan wujudnya jurang pendapatan yang sangat besar.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.