Mohon Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Veteran Tidak Berpencen
Bantuan kewangan di bawah Yayasan Veteran ATM adalah diperuntukkan bagi mengurangkan beban keluarga untuk mengurus jenazah Veteran ATM tidak berpencen. Kadar bayaran sebanyak RM3,000 yang dibayar sekali akan dibayar kepada waris terdekat yang menguruskan jenazah Veteran ATM terbabit.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan pengurusan jenazah Veteran ATM tidak berpencen.
Isi Kandungan
KELAYAKAN BANTUAN
Berikut adalah kelayakan bagi membuat tuntutan bantuan:
- Pasangan, anak, agensi atau orang perseorangan yang mengurus jenazah Veteran ATM tidak berpencen.
- Kes kematian sebelum Tarikh Kuatkuasa 10 Oktober 2010 tidak tertakluk kepada faedah ini.
- Hanya satu bantuan sahaja layak diterima bagi Veteran ATM yang meninggal dunia dalam persaraan walaupun gemulah pernah bersara lebih dari satu perkhidmatan.
- Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian. Sebarang tuntutan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut tidak akan diproses.
BAYARAN BANTUAN
Bantuan sekali bayar sebanyak RM3,000 akan dibayar kepada waris terdekat yang menguruskan jenazah Veteran ATM terbabit seperti berikut:
Cara pembayaran BMJ adalah seperti berikut:
- Bayaran akan diproses oleh Yayasan Veteran ATM.
- Bayaran akan dibuat menggunakan cek secara serahan tangan ataupun dikreditkan ke akaun bank mengikut permintaan pemohon.
- Permohonan akan diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap di pejabat Yayasan Veteran ATM.
CARA MEMOHON
Berikut adalah panduan membuat permohonan Bantuan Mengurus Jenazah:
- Muat turun Borang Permohonan Bantuan Menguruskan Jenazah (Veteran Tidak Berpencen) – BMJ 01-Pin.2018 (download di bawah)
- Lampirkan dokumen berikut untuk membuat permohonan:
– Salinan Sijil Mati Pesara / Permit Penguburan.
– Salinan Kad Bekas Tentera (KBT)/ Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86 / 92) – setiap muka surat.
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
– Salinan Sijil Nikah (sebagai bukti pertalian dengan si mati – pasangan) atau salinan surat beranak (sebagai bukti pertalian dengan di mati – anak).
– Salinan Akaun Bank Pemohon – sekiranya pembayaran bantuan disalurkan terus ke akaun pemohon.
– Surat Akuan Bersumpah (Dilampirkan bersama borang). - Kemukakan tuntutan di Pejabat Yayasan Veteran ATM atau di JHEV Cawangan Negeri.
- Mulai tahun 2014, wang BMJ dibayar melalui Fund Transfer (FT) atau Inter-bank Giro (IBG). Pemohon boleh membuat semakan berkenaan status permohonan mereka dengan Bahagian Kebajikan Yayasan Veteran ATM atau JHEV Cawangan Negeri.
Download Borang Permohonan Bantuan Menguruskan Jenazah (Veteran Tidak Berpencen) – BMJ 01-Pin.2018 di bawah:
Urusan permohonan BMJ adalah di bawah pentadbiran Yayasan Veteran ATM. Anda boleh berhubung terus dengan Yayasan Veteran ATM atau JHEV Cawangan Negeri di alamat yang berikut:
- Yayasan Veteran ATM
Tingkat 20, Menara TH Perdana,
Kementerian Pertahanan
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur. - Tel: 03-2050 8191 / 8194