Permohonan Protege Ready To Work TNB di Buka / Elaun Bulanan RM2000 Untuk Graduan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini menawarkan peluang mengikuti Program PROTEGE Ready To Work (RTW) TNB Fasa 8 bagi pengambilan tahun 2022. TNB mempelawa warganegara Malaysia yang merupakan graduan menganggur dan memenuhi syarat kelayakan untuk mohon program yang ditawarkan.
Permohonan boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup yang ditetapkan iaitu 13 November 2022. Program ini melibatkan latihan penempatan dan bimbingan bersama syarikat yang mengambil bahagian bagi tempoh 8 bulan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program PROTEGE TNB yang ditawarkan.
Isi Kandungan
Maklumat Protege TNB
Program PROTEGE Ready To Work TNB ditawarkan adalah seperti berikut:
- Lokasi: Seluruh Malaysia
- Nama Syarikat: Tenaga Nasional Berhad
- Nama Progam: PROTEGE Ready To Work (RTW) Fasa 8 (Pengambilan Tahun 2022)
- Tarikh Tutup Permohonan: 13 November 2022
- Tempoh program: 8 bulan
Apa itu Protege ?
- Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) merupakan satu Unit di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
- Objektif utama PROTÉGÉ adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 melalui Teras 1: Membudayakan Keusahawanan Dalam Segenap Lapisan Masyarakat serta menyokong aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 melalui Teras 3 : Transformasi Modal Insan, PROTÉGÉ melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada pelbagai bidang pengajian.
- Antara instrumen penting di bawah PROTÉGÉ untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur mendapatkan peluang pekerjaan adalah melalui program PROTÉGÉ – Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW)
- Program ini melibatkan latihan penempatan dan bimbingan bersama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian bagi tempoh 12bulan termasuklah di stesen-stesen TNB / Anak Syarikat TNB seluruh Malaysia
STRUKTUR LATIHAN
Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTEGE adalah 8 bulan yang terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:
- Soft skills Training
- On the Job Training
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pemohon yang berminat:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal (kuasa), Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan / Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbiran Awam / Statistik , Undang-Undang dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia (Yang bersesuaian dengan bisnes TNB)
- SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
- Had umur tidak melebihi 27 tahun.
- Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan
- Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed).
- Sanggup mengikuti latihan di mana-mana unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
- Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Pendapatan B40 & M40) dan tiada masalah kesihatan.
- Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.
Faedah Penyertaan
Peserta program akan ditawarkan faedah berikut:
- Elaun saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
- Kelayakan cuti
- Potongan PERKESO & EiS
- Bayaran balik rawatan perubatan
Cara Mohon
Sekiranya anda berminat untuk mohon program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh mohon sekarang sebelum 13 November 2022 melalui pautan berikut: