Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Permohonan Geran Usahawan JWKS 2020, Terima Bayaran RM2,000 Secara One-off

Oleh Cikgu Shaari • July 10, 2020 • 2 min baca

Permohonan Geran Usahawan JWKS 2020, Terima Bayaran RM2,000 Secara One-off
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) berusaha memberi motivasi dan meningkatkan bilangan kaum wanita yang berjaya dan berkualiti dalam bidang keusahawanan terutamanya generasi muda melalui pemberian Geran Usahawan JWKS (#usahawanjwks).

Geran Usahawan JWKS akan diberikan secara one-off bernilai RM2,000 kepada usahawan wanita yang memenuhi kelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Geran Usahawan JWKS beserta syarat kelayakan dan cara memohon.

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan:

  • Wanita berusia 18 tahun dan ke atas dan pemastautin tetap Sarawak;
  • Bukan penerima Geran Khas Prihatin (GKP) di bawah prihatinPKS+ berjumlah RM3,000 dan dana khas di bawah bantuan khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2.0 berjumlah RM1,500
  • Bantuan yang diberikan adalah bernilai RM2,000 bagi setiap usahawan
  • Perniagaan atau cadangan perniagaan yang mempunyai Rancangan Perniagaan yang lengkap;
  • Keutamaan diberikan kepada peserta wanita yang pernah mengikuti kursus di Wisma Wanita Training Centre (WWTC), Kuching;
  • Penerima bantuan dikehendaki mengemukakan laporan kemajuan perniagaan yang dijalankan kepada pihak urusetia JWKS sebanyak  TIGA (3) bulan sekali selama SATU (1) tahun;
  • Usahawan akan dipantau (handholding) selama DUA(2) tahun bagi memastikan kejayaan optimum (Return of Investment).
  • Penerima geran yang lepas dan usahawan wanita yang tidak mempunyai lesen boleh memohon sekiranya memenuhi syarat geran #usahawanjwks 2020.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sila kemukakan permohonan bersama-sama dengan dokumen berikut:

  • Borang permohonan yang lengkap diisi
  • Satu salinan MyKad
  • Satu Salinan bil utiliti
  • Lesen perniagaan (jika ada)
  • Satu salinan sijil pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. (sekiranya ada)
  • Salinan Sijil Kursus di Wisma Wanita Training Centre (WWTC) atau kursus latihan kemahiran oleh JWKS (sekiranya ada)

CARA MEMOHON

Pemohon perlu kemukakan borang permohonan yang lengkap diisi (dapatkan di bawah) beserta dokumen yang dinyatakan di atas dan hantar ke alamat berikut:

  • Jabatan Wanita Dan Keluarga Sarawak,
    Wisma Wanita, Jalan Bakti, Off Jalan Sultan Tengah,
    Samariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.

Permohonan masih dibuka sehingga tarikh tutup yang akan dimaklumkan kemudian. Status kelulusan akan dimaklumkan oleh panel jawatankuasa. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian JWKS 082 446980/ 446178/ 446914.

Download borang permohonan Geran Usahawan di bawah:

borang permohonan geran usahawan

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.