Permohonan Geran Penyelidikan Dan Pengkomersialan Vendor Bumiputera (GPPV)

GPPV bertujuan untuk membantu Syarikat Vendor menghasilkan produk dan perkhidmatan baharu yang berinovasi dan fokus terhadap kehendak pasaran. Ia juga membantu Syarikat Vendor mengembangkan pasaran, meningkatkan perolehan serta berkemampuan untuk mengeksport produk/ perkhidmatan ke pasaran serantau dan antarabangsa.

Geran ini terbuka kepada semua Syarikat Vendor Bumiputera yang berdaftar dengan Syarikat Anchor di bawah Program Pembangunan Vendor (PPV), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

SYARAT KELAYAKAN SYARIKAT VENDOR

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan untuk syarikat vendor:

  • Berdaftar dengan Syarikat Anchor di bawah Program Pembangunan Vendor (PPV).
  • Mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah Garis Panduan PPV Nasional.
  • Mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk melaksanakan projek GPPV sehingga selesai.
  • Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan Syarikat Vendor dan Ketua Projek yang dilantik oleh Syarikat Vendor mestilah tidak pernah disabitkan atas apa-apa aktiviti penipuan atau syarikat yang telah diisytiharkan bankrap, diletakkan di bawah penerimaan atau pembubaran.
  • Syarikat Vendor tidak terlibat dengan projek GPPV lain yang masih berjalan.

LATAR BELAKANG PROJEK

  • Cadangan projek mesti mengandungi elemen inovasi yang menjurus kepada pengkomersialan produk, proses dan perkhidmatan yang inovatif.
  • Projek mestilah bertujuan untuk pembangunan inovasi/ penambahbaikan terhadap produk/ proses/ perkhidmatan sedia ada yang berpotensi untuk dikomersialkan. Projek atau produk yang dalam peringkat kajian adalah tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan MEDAC.
  • Syarikat Anchor perlu mengemukakan surat sokongan dan mengesahkan bahawa projek GPPV yang dilaksanakan oleh Syarikat Vendor tersebut berinovasi dan berupaya untuk dipasarkan (marketability)

KAEDAH PENAWARAN

  • Kaedah penawaran geran ini adalah menggunakan konsep Geran Sepadan (Matching Grant) di antara pihak Kerajaan dengan Syarikat Vendor (90:10).
  • Had maksimum pembiayaan oleh Kerajaan adalah 90% daripada kos keseluruhan projek dan tertakluk kepada had maksimum sehingga RM1 juta bagi setiap permohonan.

TEMPOH MASA GERAN

  • Tempoh minimum menyiapkan projek adalah selama 6 bulan dan tempoh maksimum adalah selama 12 bulan
  • Tempoh penilaian outcome dalam tempoh 6 bulan selepas tamat projek GPPV

SKOP GERAN

Geran ini memfokuskan kepada produk dan perkhidmatan yang dipacu oleh kehendak pasaran (market driven) dan disokong oleh Syarikat Anchor menerusi mana-mana dua (2) fasa berikut:

  • Pra-Pengkomersialan; dan
  • Pengkomersialan.

BIDANG/ KOMPONEN PENYELIDIKAN YANG LAYAK

Geran ini boleh digunakan untuk tujuan berikut;

  • Loji perintis/ prototaip – perolehan peralatan dan infrastruktur sokongan yang berkaitan secara langsung dengan loji perintis;
  • Penyediaan dan pendaftaran Harta Intelek/ Intelectual Properties (IP) (IP baru dan yang sedia ada);
  • Pengujian pasaran atau penilaian;
  • Pematuhan kepada peraturan dan standard;
  • Perbelanjaan untuk perkhidmatan (perundingan/ pengujian);
  •  Perbelanjaan yang dikenakan kepada tenaga kerja/ personnel contoh pembantu penyelidik;
  • Perolehan bahan mentah;
  • Perolehan Teknologi dan Harta Intelek (IP); dan
  • Lain-lain aktiviti dalam fasa (i) dan (ii) skop geran, tertakluk kepada persetujuan MEDAC.

PERJANJIAN GERAN

  • MIDF merupakan agensi yang dilantik oleh MEDAC untuk menguruskan pemantauan dan penyaluran geran bagi projek.
  • MIDF akan mengeluarkan Surat Tawaran kepada Syarikat Vendor yang diluluskan. Tawaran tersebut perlu diterima oleh Syarikat Vendor dalam tempoh 14 hari bekerja. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan tawaran tersebut terbatal atau ditarik semula.
  • Semua yuran guaman, duti setem profesional dan perbelanjaan yang berkaitan dengan dokumentasi undang-undang hendaklah ditanggung oleh Syarikat Vendor.

JUMLAH PEMBAYARAN GERAN

  • Jumlah pembiayaan geran oleh Kerajaan bagi setiap permohonan adalah maksimum 90% daripada kos keseluruhan projek dan tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM1 juta.
  • Syarikat Vendor juga adalah tertakluk kepada caj pentadbiran pembiayaan geran sehingga 3.5% oleh pihak MIDF yang dikenakan ke atas jumlah pembiayaan yang diluluskan  kerajaan.
  • “Retention sum” pada kadar 10% dari jumlah Dana yang disalurkan kepada MIDF dari semasa ke semasa akan dipegang oleh MIDF sebagai “trustee” sepanjang tempoh pelaksanaan projek dan akan hanya disalurkan kepada Syarikat Vendor setelah memperolehi Surat Penyempurnaan Projek.
  • Pembayaran akan dilakukan berdasarkan peratusan kerja disempurnakan di tapak projek selari dengan kemajuan Milestone dan dibuat secara bayaran balik (reimbursement basis) seperti yang telah dipersetujui di dalam Surat Tawaran.

PROSES PERMOHONAN

Berikut adalah proses membuat permohonan Geran:

  1. Permohonan GPPV oleh Syarikat Vendor hendaklah disertakan dengan surat sokongan Syarikat Anchor.
  2. Setiap permohonan hendaklah mengemukakan salinan pembentangan projek yang mengandungi maklumat-maklumat yang diperlukan mengikut format yang telah ditetapkan.
  3. Borang permohonan GPPV yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada sekretariat GPPV sebelum masa dan tarikh tutup yang ditetapkan di:
  • Nama: Azrilah Abd Aziz
    No.Tel: 03 8883 6453/ 6263
    Emel: azrilah@medac.gov.my
  • Nama: Ariff Murzali Ramlee
    No.Tel: 03 8883 6267
    Emel: murzali@medac.gov.my
  • Nama: Imran Jamily Johari
    No.Tel: 03 8883 6209
    Emel: imranjj@medac.gov.my
  • Nama: Azam Omar
    No.Tel: 03 8883 6365
    Emel: azam.omar@medac.gov.my
  •  Nama: Muhd Ikram Zulkurnain
    No.Tel: 03 8883 6209
    Emel: ikram@medac.gov.my

Syarikat-Syarikat Vendor yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan kepada MEDAC sebelum atau pada tarikh tutup iaitu 30 Julai 2020 (Khamis) jam 12.00 tengah hari. Permohonan yang diterima lewat boleh untuk tidak dipertimbangkan.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Download borang permohonan serta garis panduan GPPV berikut:

BORANG PERMOHONAN GPPV

GARIS PANDUAN GPPV

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

SURAT AKUAN PEMOHON

Untuk maklumat lanjut mengenai Geran Penyelidikan dan Pengkomersialan Vendor Bumiputera (GPPV) anda boleh rujuk di laman Program Pembangunan Vendor.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma