Jabatan Tenaga Kerja: Mohon Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKRE)
Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKRE) merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Kerajaan telah memperuntukkan dana pusingan sebanyak RM50 juta untuk memberi peluang kepada pekerja estet tempatan memiliki rumah sendiri.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut serta syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
OBJEKTIF SKRE
Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
- Meningkatkan kebajikan pekerja estet dan bekas pekerja estet dengan menyediakan kemudahan bagi membolehkan golongan ini memiliki rumah sendiri;
- Sebagai salah satu bentuk jaminan kebajikan untuk pekerja setelah tamat perkhidmatan/bersara;dan
- Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta menggalakkan pekerja tempatan terutama golongan belia bekerja di sektor tersebut.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan adalah:
- Pekerja estet berumur 21 tahun hingga 60 tahun;
- Warganegara Malaysia yang bekerja di estet;
- Telah disahkan jawatan;
- Berjawatan dan berpendapatan tetap. Tidak termasuk pekerja-pekerja kontrak estet dan pesara;
- Pinjaman rumah pertama; dan
- Pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.
JENIS HARTANAH & JUMLAH PEMBIAYAAN
Berikut adalah maklumat lanjut jenis hartanah dan jumlah pembiayaan yang ditawarkan:
- Pembiayaan maksimum sehingga RM150,000.00
- Nilai semasa hartanah atau harga belian tidak melebihi RM250,000.00 tertakluk kepada jumlah pinjaman
- Terbuka kepada pembelian hartanah baru dan rumah terpakai (sub-sale)
- Bina rumah di atas tanah persendirian (pasangan,ibubapa atau anak) atau yang disediakan oleh majikan ladang tertakluk kepada jumlah pinjaman / pembiayaan maksimum RM150,000.00
- Terbuka kepada pembelian rumah yang dijual oleh majikan ladang
- Kadar faedah terendah di pasaran iaitu 2% terhadap baki bulanan
- Pinjaman 2 generasi bagi merendahkan bayaran bulanan
DOKUMEN UTAMA
Untuk membuat permohonan, anda perlu sediakan dokumen berikut:
- Borang permohonan SKRE (sila dapatkan di Pejabat Tenaga Kerja berhampiran atau download di bawah)
- Dua (2) salinan Kad Pengenalan pemohon, Salinan slip gaji tiga (3) bulan terkini yang telah disahkan oleh majikan
- Surat pengesahan jawatan dari majikan
- Salinan penyata KWSP terkini
- Bukti pembelian rumah – Salinan resit deposit atau proforma tempahan pembelian atau Surat Perjanjian Jual Beli (S & P) yang disetemkan
DOKUMEN TAMBAHAN (Pembinaan Rumah Di Atas Tanah Sendiri)
Bagi pemohon yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri, anda perlu sediakan dokumen berikut:
- Salinan geran tanah
- Surat akuan sumpah kebenaran daripada ahli keluarga jika tanah bukan hak milik sendiri
- Sebutharga daripada kontraktor
- Surat pelantikan kontraktor
- Salinan profil syarikat kontraktor
- Salinan sijil CIDB/SSM (berdaftar dalam bidang pembinaan)
- Salinan perjanjian membina rumah
- Salinan surat kelulusan pelan dan salinan pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana tempoh kelulusan masih berkuatkuasa
CARA MEMOHON
Berikut adalah panduan membuat permohonan pembiayaan SKRE:
- Download borang permohonan yang disediakan di bawah
- Lengkapkan borang permohonan dan sediakan dokumen-dokumen di atas
- Hantar ke kaunter BSN
- Tunggu pihak BSN maklumkan status kelulusan permohonan.
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
Download borang permohonan SKRE dan BSN MyHome-i yang disediakan di bawah:
Baca juga: Cara Mohon BSN MyHome (Skim Perumahan Belia) Pinjaman Sehingga 100% Dari Harga Rumah
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pembiayaan SKRE, anda boleh hubungi JTKSM di portal rasmi JTKSM atau MYBSN.