Permohonan Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota, 1,122 Kiosk Disediakan

Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota menawarkan sejumlah 1,122 peluang perniagaan kepada golongan muda khusus bagi mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

Peluang dan inisiatif itu diwujudkan selain membantu usahawan muda juga bagi memulih semula ekonomi negara dengan merancakkan aktiviti pembelian kalangan pelancong domestik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota beserta syarat kelayakan dan cara untuk memohon.

INISIATIF PROGRAM

Antara inisiatif Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota Wilayah Persekutuan adalah:

  • Bayaran sewaan nominal;
  • Memudahcara (green lane) permohonan lesen perniagaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj);
  • Bantuan pembiayaan dan bimbingan perniagaan daripada Agensi Kerajaan;
  • Bantuan dan akses dalam mengaplikasikan ekonomi digital daripada pelbagai aspek seperti pengiklanan, pengisian pesanan, komunikasi antara pekerja dan kajian pasaran;
  • Tawaran perniagaan francais (tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan);
  • Peluang latihan serta tawaran-tawaran dalam bidang keusahawanan yang diumumkan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.
  • Lokasi di Dataran Niaga Belia, Presint 14, Putrajaya menyediakan 30 tapak niaga secara percuma selama 6 bulan.

JENIS PERNIAGAAN

Kiosk yang disediakan adalah termasuk kemudahan fasiliti bersesuaian jenis perniagaan dengan reka bentuk yang moden, teratur, kemas dan bersih. Antara jenis perniagaan yang boleh dibuat seperti:

  • Makanan dan minuman;
  • Pusat gajet dan teknologi maklumat;
  • Cenderamata;
  • Kraftangan;
  • Buku;
  • Fesyen dan perhiasan dan
  • Produk kosmetik dan kecantikan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan program:

  • Peluang terbuka kepada individu yang berminat dalam bidang keusahawanan dan keutamaan diberikan kepada usahawan baharu atau usahawan sedia ada yang terjejas mata pencariannya akibat pandemik Covid-19.
  • Warganegara Malaysia.
  • Menetap atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Berumur 18 tahun ke atas dengan keutamaan kepada golongan belia.

LOKASI RUANG NIAGA

Lokasi ruang niaga yang ditawarkan bagi program ini adalah:

  1. Penyediaan ruang niaga di Berjaya Times Square;
  2. Penyediaan ruang niaga berbentuk kiosk dan side walk café di lokasi strategik (kawasan CBD & di luar kawasan CBD)
  3. Penyediaan ruang niaga berbentuk kiosk di Hentian Bas/ Teksi di sekitar Kuala Lumpur; dan
  4. Penyediaan ruang niaga (pit stop) bagi usahawan FoodTruck.

Walaubagaimanapun kementerian telah mengenal pasti 1,000 lokasi yang akan dibuka secara berperingkat.

Permohonan Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota, 1,122 kiosk Disediakan

CARA MEMOHON

Anak muda (belia) yang berminat untuk menceburi perniagaan melalui program itu boleh memohon secara online sekarang di pautan berikut:

Semakan status permohonan boleh dilihat di laman web yang sama bermula 1 Ogos ini.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Pembangunan Usahawan ini, anda boleh hubungi Bahagian Sosio Ekonomi Kementerian Wilayah Persekutuan di talian rasmi 03 8889 7636 / 7644 / 7893 / 7767 / 7853 atau emel ke myusahawankota.wp@gmail.com / usahawanwp@kwp.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma