Permohonan Program Dermasiswa B40 Tajaan JPA Tahun 2022 Buat Lepasan SPM Dibuka
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini membuka permohonan tawaran penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma di bawah Program Dermasiswa B40 tahun 2022. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40.
Program Dermasiswa B40 bagi tahun 2022 merupakan penajaan yang berfokus kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) daripada latar belakang keluarga B40.
Penajaan di bawah program ini adalah bagi pengajian yang ditawarkan di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Program Dermasiswa B40.
Isi Kandungan
OBJEKTIF PROGRAM DERMASISWA B40
Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 buat kali pertama;
- Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
- Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama; dan
- Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.
Syarat Khusus
- Bagi Universiti Awam / Politeknik yang dikenalpasti:
a) Menduduki SPM dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan
b) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut. - Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)):
a) Menduduki SPM dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan
b)Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA
Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah:
- Pendidikan
- Kejururawatan
- Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License)
- Kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).
CARA MEMOHON PROGRAM DERMASISWA B40
Permohonan Program Dermasiswa B40 tajaan JPA adalah dibuka secara atas talian sahaja mulai 15 Julai 2022 (Isnin) jam 9.00 pagi sehingga 31 Julai 2022. Calon boleh membuat permohonan di laman sesawang eSila di pautan berikut:
Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA pada penghujung Ogos 2022. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).
Calon boleh rujuk maklumat lanjut mengenai Program Dermasiswa B40 Tahun 2022 di pautan berikut: