Mohon Hadiah Galakan Ke IPT Untuk Pelajar Yang Ditawarkan Ke IPT, Terima RM1,000 – RM1,500

Dalam usaha Kerajaan Negeri Sarawak membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi, Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) telah disediakan.

Bagi pelajar yang telah mendapat surat tawaran ke IPT atau sedang mengikuti pengajian di semester 1, anda layak untuk menerima hadiah/ bantuan yang disediakan ini.

Anda boleh semak syarat kelayakan dan cara memohon di bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan ini:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Terbuka kepada pelajar untuk semester 1 sahaja.
  • Mengikuti pengajian di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching dan UCTS Sibu.
  • Ibubapa / penjaga pelajar mempunyai pendapatan perkapita RM1,500.00 dan ke bawah.
  • Hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan.

KADAR BANTUAN

Geran bantuan yang tidak perlu dibayar balik ini adalah sebanyak:

  • Dalam Sarawak: RM1,000
  • Luar Sarawak: RM1,500

CARA MEMOHON

Untuk makluman anda, permohonan adalah DIBUKA SEPANJANG TAHUN. Jika anda telah mendapat tawaran pengajian atau baru melanjutkan pengajian di semester 1, anda boleh membuat permohonan secara atas talian.

  1. Layari laman Permohonan Atas Talian
  2. Masukkan No Kad Pengenalan untuk semakan.
    Mohon Hadiah Galakan Ke IPT Untuk Pelajar Yang Ditawarkan Ke IPT, Terima RM1,000 - RM1,500
  3. Jika masih belum mempunyai akaun, anda akan diminta isi maklumat untuk pendaftaran.
    Mohon Hadiah Galakan Ke IPT Untuk Pelajar Yang Ditawarkan Ke IPT, Terima RM1,000 - RM1,500
  4. Setelah selesai mendaftar, anda borang buat permohonan secara online di laman tersebut.
  5. Setelah permohonan selesai, anda diminta untuk cetak Borang Permohonan yang diisi secara online.
  6. Sediakan dokumen yang dinyatakan.
  7. Hantar borang permohonan yang dicetak dan dokumen yang diminta ke Yayasan Sarawak.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Hadiah Galakan Ke IPT, anda boleh terus hubungi atau WhatsApp talian berikut:

  • WhatsApp : +60 019 887 9114
  • Tel : 6082-441686
  • Faks : 6082-440023
  • Emel : ys@yayasansarawak.org.my
  • Laman Web: www.yayasansarawak.org.my
  • Alamat:
    Yayasan Sarawak,
    Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah,
    Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.

Untuk memudahkan urusan di Pejabat Yayasan Sarawak, anda boleh membuat aturan temu janji di pautan berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma