Mohon Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang, Terima RM600 Setiap Pelajar
Dalam membantu pelajar Sekolah Menengah yang menghadapi kesusahan kewangan, Yayasan Pahang telah memperkenalkan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM). Biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1982 dan diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.
Keutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin, ibu bapa uzur , ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun mulai tahun 2003, peruntukan ini diperluaskan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.
Kadar bantuan sebanyak RM600 akan diberikan kepada pemohon yang layak dan bayaran dibuat dua kali setahun iaitu pada setiap Januari dan Mei.
Semak syarat kelayakan dan cara memohon Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang di bawah.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan untuk membuat permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang adalah:
- Warganegara Malaysia
- Ibu atau bapa warganegara Malaysia
- Pemohon/ibu/bapa lahir di negeri Pahang, mestilah bermaustatin di Pahang lebih dari 10 tahun
- Mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan
- Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum
- Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/ Sekolah Berasrama Penuh/ Kolej Vokasional/ Sekolah Teknik/ Sekolah Menengah Agama/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Menengah Agama Rakyat/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja
- Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut
- Murid yang pernah digantung/ dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
CARA MEMOHON
Berikut adalah langkah-langkah permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang.
- Dapatkan Borang Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
- Isi maklumat yang diminta dalam borang tersebut
- Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar semula ke pejabat sekolah masing-masing
- Pihak sekolah perlu menghantar borang permohonan kepada Yayasan Pahang sebelum tarikh tutup permohonan.
Permohonan dibuka bermula 3 Mac 2020 sehingga 8 Julai 2020. Jadi pelajar dinasihatkan untuk membuat permohonan awal sebelum tarikh tutup tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa, pemohon boleh hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau terus ke laman web Yayasan Pahang.