Daftar Penjana HRDF: 40,000 Peluang Kerja Ditawarkan Dengan Latihan & Penempatan

Berita baik buat rakyat tempatan yang menganggur dan hilang pekerjaan ekoran pandemik COVID-19 serta lepasan graduan yang sedang menanti kerja sehingga hari ini. Sebanyak 40,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan kepada anda menerusi Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) HRDF yang baru-baru ini dilancarkan.

Peluang pekerjaan ini dikatakan akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh enam bulan dari sekarang. Jadi, bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan pekerjaan diminta untuk ambil perhatian dan membuat pendaftaran Penjana HRDF.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai Penjana HRDF dan cara untuk daftar sebagai pencari kerja menerusi Penjana HRDF.

PENJANA HRDF

Inisiatif Penjana HRDF merupakan satu inisiatif baru yang dilancarkan dalam matlamat pemulihan ekonomi baru. Sebagai permulaan, di bawah inisiatif ini sebanyak 10 organisasi terlibat dalam kerjasama pelaksanaan inisiatif ini dengan menawarkan 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan yang memerlukan.

Antara inisiatif pembangunan dalam Penjana HRDF adalah dalam penempatan dan latihan, peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran baharu, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembangunan B40 dan gerak insan gemilang (GIG).

Rakyat Malaysia yang berminat untuk mendapatkan pekerjaan serta mengikuti latihan peningkatan kemahiran dan juga latihan semula adalah dipelawa untuk membuat pendaftaran Penjana HRDF dengan cara yang dikongsikan.

KUMPULAN SASARAN HRDF

Antara kumpulan sasaran yang akan menerima manfaat dari inisiatif Penjana HRDF adalah:

  • Graduan menganggur yang mempunyai diploma atau ijazah
  • Pekerja tempatan yang bersedia menceburi Revolusi Industri ke-4
  • Pemilik dan pekerja (PKS)
  • Rakyat Malaysia dari kumpulan B40
  • Golongan belia
  • Rakyat tempatan yang kehilangan kerja akibat COVID-19

CARA DAFTAR PENJANA HRDF

Untuk mendaftar sebagai pencari kerja menerusi inisiatif Penjana HRDF, anda boleh ikut langkah berikut:

Langkah 1

Pergi ke laman web Penjana HRDF Initiative, klik ‘Register here to join’

Daftar Penjana HRDF, 40,000 Peluang Kerja Ditawarkan

Langkah 2

Klik ‘here’ pada ‘Dont have an account, Sign up here’

Daftar Penjana HRDF, 40,000 Peluang Kerja Ditawarkan

Langkah 3

Klik Jobseeker.

Daftar Penjana HRDF, 40,000 Peluang Kerja Ditawarkan

Langkah 4

Masukkan maklumat nama, username, email dan password anda dan klik ‘Submit’

Daftar Penjana HRDF, 40,000 Peluang Kerja Ditawarkan

Langkah 5

Pendaftaran selesai, login laman Penjana HRDF dengan memasukkan username dan password.

Daftar Penjana HRDF, 40,000 Peluang Kerja Ditawarkan

Selesai login, anda akan dapat lihat pekerjaan yang ditawarkan di syarikat tertentu lengkap dengan Nama syarikat, jawatan, lokasi jawatan, kategori jawatan beserta gaji yang ditawarkan.

Anda boleh klik pada ‘View’, untuk lihat maklumat lanjut mengenai jawatan.

Daftar Penjana HRDF, 40,000 Peluang Kerja Ditawarkan

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pendaftaran Penjana HRDF untuk merebut peluang pekerjaan yang ada. Mereka yang hilang pekerjaan ataupun graduan yang masih menganggur perlu mengambil peluang ini untuk mendapatkan pekerjaan, di samping meningkatkan kemahiran diri agar kekal relevan dalam pasaran pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Penjana HRDF Initiative.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma