Cara Guna Runner Sendiri Untuk Hantar Barang Shopee
Pasti semua orang sudah kenal platform membeli belah yang terkenal di Asia iaitu Shopee. Majoriti rakyat Malaysia memilih aplikasi Shopee untuk membeli pelbagai barangan susulan dengan sistemnya yang lebih dipercayai.
Bagi setiap peniaga, penghantaran barang memainkan peranan penting dalam jual beli. Penentu kepuasan pelanggan dalam membeli barang dari seller salah satunya adalah penghantaran.
Maklumlah, setiap pelanggan pastinya mahu barangnya dihantar dengan cepat dan dalam keadaan baik.
Isi Kandungan
PENIAGA BOLEH GUNA RUNNER SENDIRI UNTUK SHOPEE
Jika anda peniaga Shopee yang sebelum ini hanya tahu hantar barangan Shopee melalui courier, sebenarnya anda boleh setkan di Shopee untuk hantar barang guna “Runner” sendiri.
Melalui laman Twitter, seorang wanita bernama Sakinah atau @Mommykino1 telah kongsikan cara uruskan delivery Shopee sendiri atau guna “Runner”.
Ramai tak tau sebenarnya kat Shopee boleh je kalau kita nak uruskan delivery sendiri atau guna runner.
Xperlu guna courier biasa pun.
Takkanlah nak hantar kuih kaswi siap gaul kelapa ngan kuih seri muka durian guna poslaju, kan?
Kekekeke.
Jap. Ada ke nak belajar setting ni?
— Sakinah mK (@Mommykino1) June 17, 2020
Maaf lambat.
Ok.
First kena faham yang Shopee akan deduct 2.12% dari duit jualan. Ni transaction fee.
2nd, buyer bayar duit kat Shopee dulu. Lepas buyer terima barang, baru duit akan release kepada seller.
Bab² asas harap kalian dah tahu. Thread ni hanya fokus setting ja
— Sakinah mK (@Mommykino1) June 17, 2020
Step Pertama: Daftar Masuk Seller Center Dahulu
1. Log in ke seller center.
Disebabkan apps sejak dua menjak ni cam ntahapa², better masuk seller center terus.
Guna browser, taip https://t.co/recYzXMMUs pic.twitter.com/ph8AciNJCb
— Sakinah mK (@Mommykino1) June 17, 2020
Step Kedua: Sign In Akaun Shopee
2. Sign in guna ID akaun shopee korang dan password sekali.
Biasa first time log in kena buat verification ni. pic.twitter.com/BWt9ZubSm9
— Sakinah mK (@Mommykino1) June 17, 2020
Step Ketiga: Setuju Terma Dah Syarat
3. Untuk first timer, kena agree dulu benda alah ni. pic.twitter.com/5MNYlTtF7P
— Sakinah mK (@Mommykino1) June 17, 2020
Step Keempat: Klik ‘My Shipping’
4. Bila dah masuk, tengok menu belah kiri.
Cari ‘My Shipping’ pic.twitter.com/pB50tFMgAR
— Sakinah mK (@Mommykino1) June 17, 2020
Step Kelima: Off ‘Shipping Fee Included’
5. Kat sini, by default memang dah on utk J&T dan DHL.
Pastu default jugak ‘Shipping Fee Included’. Tolong off yang ni. Kalau x, nanti korang yang kena tanggung kos penghantaran.
J&T DHL tu kalau nak biar pun boleh. Tak ganggu pun
Yang penting ON Others (West/East) pic.twitter.com/TE2tKTSXpo
— Sakinah mK (@Mommykino1) June 17, 2020
Step Enam: Upload Product
6. Lepas settle setkan shipping kedai, tiba masanya untuk upload product.
Pergi balik ke menu kiri tadi.
Pilih add new product
Isi nama produk dan setkan kategori yang sesuai pic.twitter.com/a3KC5djLCB
— Sakinah mK (@Mommykino1) June 17, 2020
Step Ketujuh: Isi Maklumat Yang Diperlukan
Kat tajuk buh sesiap cover kawasan mana.
Kat description ni kena sebut sekali lagi
Apa korang jual
Cemana ia akan dihantar
Bila delivery akan dibuatEtc.
— Sakinah mK (@Mommykino1) June 17, 2020
Step Kelapan: Masukkan Kos Runner/ Delivery
8. Kat shipping ni, off semua kecuali Others.
Masukkan kos runner atau delivery kat sini. pic.twitter.com/rQNOtyS6Ij
— Sakinah mK (@Mommykino1) June 17, 2020
Step Kesembilan: Save Dan Publish
9. Save and publish
Settle! pic.twitter.com/8s4NVz01YH
— Sakinah mK (@Mommykino1) June 17, 2020
Dah siap! Mudah sahaja sebenarnya. Selepas ini boleh lah anda promote makanan di dalam Shopee dan hantar menggunakan Runner. Untuk pengetahuan anda, anda tidak boleh tetapkan di dalam Shopee kawasan delivery yang anda buat. Dalam hal begini, anda boleh memberi makluman awal kepada pelanggan dengan tuliskan lokasi delivery di cover photo, tajuk atau product description.
Baca juga: Cara Tingkatkan Jualan Shopee Menggunkan Followers, Ini Rahsia Ramai Tak Tahu
Semoga bermanfaat!