PenjanaGig: Permohonan Perlindungan Sosial Pekerja Ekonomi Gig (GrabCar, Foodpanda, Lalamove & Sebagainya)

Dana padanan yang disediakan oleh kerajaan dalam Program Perlindungan Sosial dan Latihan bagi Pekerja Ekonomi Gig atau dikenali sebagai PenjanaGig adalah bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi gig dan menyediakan perlindungan sosial kepada pekerja ekonomi gig serta meningkatkan peluang dalam ekonomi gig.

Program yang disediakan dalam pelan PENJANA ini adalah bagi menjamin keselamatan sosial dan kebajikan golongan Orang Bekerja Sendiri (OBS). Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, berlaku peningkatan terhadap permintaan ke atas perkhidmatan dan pekerjaan berlandaskan ekonomi gig dan seterusnya meningkatkan risiko kemalangan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut mengenai PenjanaGig dan cara pendaftaran permohonan PenjanaGig.

PENJANAGIG

PenjanaGig merupakan bantuan kerajaan berbentuk sumbangan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO di bawah pelan 2 iaitu pelan RM 232.80 untuk tempoh perlindungan sekurang-kurangnya setahun.

PekerjaGig adalah individu yang terlibat untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja melalui platform penyedia perkhidmatan atas aplikasi digital untuk mendapat upah. Contoh : GrabCar, FoodPanda, Lalamove, Bungkusit dan sebagainya.

MEKANISMA PELAKSANAAN

Caruman akan dibayar melalui sumbangan kerajaan sebanyak 70%, manakala baki 30% daripada sumbangan oleh platform penyedia perkhidmatan di bawah caruman SKSPS Pelan 2.

Program PenjanaGig: Permohonan Perlindungan Sosial Pekerja Ekonomi Gig (GrabCar, Foodpanda, Lalamove & Sebagainya)

SYARAT KELAYAKAN MENDAPAT MANFAAT

Antara syarat yang melayakkan OBS mendapat manfaat daripada program ini adalah seperti berikut:

  • Bertaraf warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
  • Bekerja secara aktif di bawah platform penyedia ekonomi gig yang berdaftar dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) atau agensi kerajaan.
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa.
  • Perlindungan SKSPS di bawah program ini adalah ditetapkan di bawah Pelan 2 sahaja dengan perlindungan selama setahun.
  • OBS yang bekerja di Malaysia.

CARA DAFTAR PROGRAM PENJANA Gig PERKESO

Platform penyedia perkhidmatan boleh mendaftar di bawah Program PenjanaGig melalui laman Pendaftaran ID Pengguna Bagi Program Penjana Gig Untuk Platform Penyedia Perkhidmatan di pautan berikut:

Permohonan dan bayaran caruman boleh dibuat bermula 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021. Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen untuk membuat pendaftaran permohonan PenjanaGig iaitu:

  • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan
  • Salinan surat pengesahan MDEC sebagai Rakan Strategik bagi program Ekonomi Perkongsian.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran PenjanaGig, anda boleh hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau hantarkan emel ke alamat perkeso@perkeso.gov.my.

Program PenjanaGig: Permohonan Perlindungan Sosial Pekerja Ekonomi Gig (GrabCar, Foodpanda, Lalamove & Sebagainya)

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma