Cara Mohon Jawatan Personel MySTEP Di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Dengan Diploma/ STPM
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menawarkan kekosongan pelbagai jawatan kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Anda dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan sebelum tarikh tutup iklan jawatan bagi jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.
Permohonan jawatan ditawarkan boleh dibuat melalui laman permohonan jawatan MQA khas disediakan. Sekiranya anda berminat, pastikan anda hantar permohonan online sebelum 7 Februari 2023 jam 4 petang.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Taraf jawatan: Personel MySTEP
- Tarikh Tutup Permohonan: 7 Februari 2023 Jam 4 petang
SENARAI JAWATAN
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
- Personel MySTEP (Diploma/ STPM)
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik MQA berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah terbuka kepada inidividu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki Diploma dalam bidang Perniagaan, Kewangan, Perbankan atau Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Memiliki Sijil/ Diploma dalam bidang Prosesan Data, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Memiliki Diploma dalam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dilakukan secara online melalui pautan yang disediakan di bawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini dan buat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 7 Februari 2023.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.