Mohon Pembiayaan Aspirasi Assist, Modal Sehingga RM10,000 Tanpa Pembayaran Balik Untuk 6 Bulan Pertama
Jangan jadikan wabak COVID-19 sebagai penyebab perusahaan anda tergendala! Pada saat banyak perniagaan yang jatuh kerana wabak ini, pelbagai Program Bantuan COVID-19 diperkenalkan. Gandakan aliran tunai bisnes anda dalam masa yang sukar ini.
Axiata menawarkan pembiayaan mikro menerusi platform digital Aspirasi Assist dengan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan 0.5% sebulan. Tiada pembayaran balik untuk 6 bulan pertama dengan program Aspirasi Assist.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui manfaat daripada pembiayaan ini serta syarat kelayakan dan cara untuk memohon.
Isi Kandungan
PEMBIAYAAN ASPIRASI ASSIST
Aspirasi Assist ialah platform yang menawarkan pembiayaan kepada perusahaan PKS yang memerlukan. Platform ini merupakan sebahagian daripada program bantuan COVID-19 berjumlah RM150 juta yang telah diumumkan Axiata Group Berhad bersama anak-anak syarikatnya Axiata Digital, Celcom Axiata Berhad, dan edotco Group.
Aspirasi Assist menawarkan pembiayaan Aspirasi Capital beserta dengan terma-terma istimewa, termasuk penangguhan pembayaran balik.
Pembiayaan ini termasuk perlindungan insurans khas Aspirasi SME OwnerProtect-X, yang memberi pembayaran sejumlah RM10,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh akibat kemalangan.
Berdasarkan situasi terkini COVID-19, insurans ini dilengkapi dengan COVID-19 Assist* yang memberi anda dan orang kesayangan anda bantuan kewangan tambahan sebanyak RM200 setiap hari jika disahkan positif COVID-19.
Aspirasi SME OwnerProtect-X ditaja jamin oleh Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad.
MANFAAT UTAMA
Antara manfaat utama yang diperoleh daripada pembiayaan ini adalah:
- Pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM10,000
- 15 bulan – Tiada pembayaran balik untuk 6 bulan pertama, diikuti dengan pembayaran balik untuk 9 bulan
- Kadar keuntungan 0.5% sebulan – Jumlah kadar hanya 4.5% untuk sepanjang tempoh yang ditetapkan
- Aspirasi Capital ialah pembiayaan Syariah berasaskan konsep komoditi Murabahah
- Manfaat kematian akibat kemalangan – Dapatkan jumlah perlindungan bernilai RM10,000.
- Manfaat hilang upaya kekal akibat kemalangan – Dapatkan jumlah perlindungan bernilai RM10,000
- Dapatkan tuntutan sebanyak RM1,000 sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal dan kemasukan ke hospital lebih daripada 4 hari akibat kemalangan
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan untuk memohon pembiayaan ini adalah:
- Pemohon mesti berusia di antara 18 ke 65 tahun.
- Pemohon mesti adalah warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia.
- Pemohon mesti memiliki perniagaan yang mematuhi konsep Syariah.
- Pemohon hanya dibenarkan satu (1) kontrak pembiayaan dalam sesuatu masa.
BUTIRAN PERMOHONAN YANG DIPERLUKAN
- Nama Penuh pemohon mengikut Kad Pengenalan
- Nama Perniagaan, No. Pendaftaran Perniagaan dan Kategori Perniagaan yang berdaftar dengan SSM
- Akses ke kamera (didalam komputer riba atau telefon bimbit) bagi pengesahan Kad Pengenalan dan swafoto (selfie) pemohon
CARA MEMOHON
Permohonan adalah dibuka secara atas talian sahaja di laman rasmi Aspirasi. Tiada permohonan manual dibuka. Ikut langkah berikut untuk membuat permohonan.
Langkah 1
Pergi ke laman rasmi ASPIRASI dan klik pada MOHON SEKARANG.
Langkah 2
Klik pada I’M READY.
Langkah 3
Isi nama penuh seperti dalam kad pengenalan, email dan nombor telefon di dalam ruangan yang disediakan dan tick pada kotak kecil tanda setuju. Kemudian klik GET STARTED.
Langkah 4
Masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda melalui SMS. Klik VERIFY.
Langkah 5
Masukkan maklumat perniagaan anda. Klik CONTINUE.
Selesaikan pengisian permohonan anda hingga step 5. Permohonan anda akan diproses dan akan dimaklumkan status kelulusan anda melalui email. Jangkaan masa untuk jumlah pembiayaan dimasukkan ke dalam akaun bank pemohon yang lulus adalah dalam masa 48 jam (2hari bekerja) selepas permohonan pembiayaan diluluskan.
Baca juga: Senarai Pinjaman Perniagaan 2020 Untuk Usahawan Baru & Lama Yang Bakal Bantu Perniagaan Anda
Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon satu kontrak pembiayaan dalam sesuatu masa. Untuk maklumat lanjut atau memerlukan bantuan untuk proses permohonan, anda boleh hubungi pihak aspirasi melalui email di alamat info@aspirasi.co atau rujuk di pautan berikut.