Harga Kereta Honda Malaysia Turun Sehingga RM9,502.47

Berikutan pengecualian cukai jualan seperti yang diumumkan kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), harga kereta model Honda telah turun sehingga RM9,502.47. Penurunan harga dan pengecualian cukai ini adalah bersesuaian dengan matlamat PENJANA iaitu bagi merangsang ekonomi.

Honda Malaysia telah menyatakan pengumuman harga baharu itu adalah selaras dengan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan 50% untuk model import sepenuhnya.

Harga Kereta Honda Malaysia Turun Sehingga RM9,502.47

PENURUNAN HARGA MODEL CKD & CBU

Menerusi pelarasan harga baharu yang diumumkan, model CKD iaitu Jazz, BR-V, City, HR-V, Civic, CR-V dan Accord turun antara RM2,788.46 hingga RM8,545.3 manakala model CBU iaitu Odyssey turun sebanyak RM9,502.46.

Harga baru yang diperkenalkan ini akan berkuatkuasa mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020. Selain harga baru yang pasti lebih menjimatkan, pelanggan juga akan menikmati promosi istimewa menerusi kempen “Kita Bersama Deals”.

Harga Kereta Honda Malaysia Turun Sehingga RM9,502.47

Pengurus Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ihiyama menghargai sokongan kerajaan terhadap sektor automotif dan usaha memperkenalkan inisiatif berkenaan.

Dengan pengurangan harga yang diberikan, diharapkan ia membolehkan pelanggan membeli kereta model Honda di samping menyokong rancangan kerajaan untuk membantu pemulihan ekonomi negara yang terkesan daripada COVID-19.

Baca juga: Insentif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020. Manfaat Untuk Anda Beli Rumah

Harga Kereta Honda Malaysia Turun Sehingga RM9,502.47

Semoga semua rakyat Malaysia dapat berusaha sedaya upaya untuk membantu menghidupkan kembali industri dan menghasilkan kesan domino untuk ekonomi secara umum. Pada waktu inilah keputusan terbaik untuk kita mendapatkan kereta idaman!

Baca juga: Senarai Model Kereta Di Malaysia Yang Resale Value Tinggi Selepas 5 Tahun

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma