Cadangan Pembukaan Tadika, Taska & Pra Sekolah Bermula 1 Julai Mengikut SOP
Menteri Keselamatan, Datuk Dr Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada hari ini telah mengumumkan tarikh pembukaan semula taska, tadika dan pra sekolah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.
Ibu bapa pasti sudah tidak sabar kan untuk ketahui tarikh pembukaan ini? Maklumlah pelbagai persediaan yang perlu dilakukan untuk menghantar anak ke taska seperti sedia kala.
Isi Kandungan
TARIKH BUKA TADIKA, TASKA & PRA SEKOLAH BERMULA 1 JULAI 2020
Dalam sidang media MKN pada hari ini, Menteri Keselamatan berkata pra-sekolah, tadika dan taska dicadangkan beroperasi bermula 1 Julai 2020. Satu prosedur operasi standard (SOP) mengenai pembukaan pra-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, tadika di bawah Kementerian Perpaduan Negara, tadika perpaduan serta tadika kemas di bawah Kementerian Luar Bandar telah dibentangkan.
Pihak Kementerian Pelajaran telah menerima dan bersetuju dengan SOP yang dibentangkan dan cadangan pembukaan prasekolah dan tadika dibuka pada 1 Julai 2020. Namun perincian akan diumumkan oleh kementerian pelajaran sendiri dalam waktu terdekat ini.
SOP BAKAL DIPERKENALKAN
SOP berkaitan pembukaan tadika, pra-sekolah dan taska bakal diperkenalkan berkisar mengenai tatacara sebelum kemasukan pelajar, sewaktu pembelajaran, waktu makan, cara bermain dan ketika mereka pulang.
SOP yang akan ditetapkan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dijadikan kebiasaan kepada kanak-kanak yang akan masuk ke taska dan tadika. Jumlah tadika yang terlibat adalah sebanyak 6,216 pra sekolah, 7,887 tadika swasta, 8,530 tadika kemas dan 1,781 tadi perpaduan.
Semoga dengan perkongsian ini, ibu bapa dapat membuat segala persediaan dari segi fizikal dan mental untuk memastikan anak-anak bersedia untuk pergi ke taska/tadika/ prasekolah seperti sediakala. Sebagai ibu bapa, pastikan anda mengajar anak untuk menjaga kebersihan di mana pun mereka berada.