Umur 20 Tahun, Jual Bundle Sahaja Boleh Beli Rumah Untuk Keluarga
Aktiviti perniagaan dalam kalangan anak muda pada hari ini bukanlah perkara yang luar biasa. Semakin ramai yang ingin berjaya dengan berniaga. Sedangkan Islam sendiri menggalakkan umatnya berniaga. Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?
Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan. Orang yang berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha.
Ada usaha, ada lah kejayaan!
Perkongsian ini menceritakan kisah seorang pemuda yang baru berumur 20 tahun merupakan penjual bundle berjaya bermula dengan modal serendah RM100 dan kini mampu membeli rumah buat keluarga.
Isi Kandungan
SIAPA SANGKA PERNIAGAAN BUNDLE BOLEH BERJAYA
Perniagaan bundle yang diimport dari luar negara kini bukanlah satu perkara yang asing dalam kalangan anak muda di negara kita. Mungkin ada sesetengah orang menganggap bundle ini hanya sekadar pakaian terpakai. Namun sebenarnya ramai yang menggemari pakaian bundle ini!
Seringkali kita dengar kisah kejayaan mereka ini mendapatkan hasil yang lumayan setiap kali pakaian berjenama dan rare muncul dalam ‘guni’ yang dibeli mereka.
Kisah seorang pemuda yang bernama Muhammad Asyraf tular di media sosial. Dengan modal permulaan RM100 untuk menjual pakaian bundle di awal peringkat, Asyraf kini berjaya membeli sebuah rumah buat keluarganya selepas mengembangkan perniagaan bundle miliknya dengan menjadi personal shopper barangan streetwear.
Bermula Dengan Modal Yang Sedikit
Menurut Asyraf, dengan modal yang sedikit dikeluarkan, beliau membeli top up (tambah nilai) telefon untuk melanggan internet dan mengkaji beberapa akaun Instagram yang menjual barangan bundle serta belajar cara mereka mempromosikan barang.
Dengan baki modal yang ada, Asyraf membeli pakaian terpakai di kedai bundle dan jual beberapa helai di Instagram, dan tidak sangka dalam masa seminggu semuanya habis dijual.
Berkembang Menjadi Personal Shopper
Bermula dari situlah perniagaannya semakin berkembang sehingga berjaya menjadi personal shopper di Jepun kepada peminat barangan streetwear dan bundle di Malaysia.
Budaya streetwear dan bundle sentiasa berkait rapat dengan penjual-penjual bundle sering menjadi pilihan dan kedai-kedai bundle pula menjadi lubuk buat mereka yang mencari pakaian streetwear berjenama dengan harga yang murah.
Pada awal tahun 2019, Asyraf berjaya menyimpan keuntungan sebanyak RM200,000 dalam simpanan berkat sambutan hangat pelanggan yang meminati barangan bundle dari Jepun. Berbaloi penat lelah ‘menyelam’ (mencari barangan bundle) di negara itu, hasilnya cukup lumayan kerana nilai barangan bundle di Jepun tinggi mencecah ribuan ringgit dan ada yang sanggup membelinya.
NAK MULAKAN KERJAYA DENGAN BISNES BUNDLE?
Adakah selepas membaca kisah kejayaan Muhammad Asyraf di atas anda rasa penuh inspirasi? Anda juga boleh jadi seperti beliau! Ramai sebenarnya minat nak berniaga bundle ini cuma tidak tahu cara permulaan dan macam mana nak cari stok bundle dengan kualiti yang bagus.
Jika anda betul-betul mahu belajar macam mana nak memulakan bisnes bundle dan dapatkan supplier bundle terbaik, klik butang disediakan di bawah. Di situ, anda akan ketahui semua selok belok mendapatkan pembekal bundle terbaik serta rahsia kejayaan dalam bisnes bundle!
Panduan di bawah sangat sesuai untuk yang ingin memulakan perniagaan bundle! Tak perlu pening kepala fikir nak cari supplier yang bagus. Semuanya sudah tertulis dalam panduan ini.
Bukan itu sahaja, pelbagai ilmu lain seperti tips penting dalam bisnes bundle dan barangan HOT yang laku dijual juga diberikan kepada anda. Klik gambar atau pautan di bawah untuk mendapatkan panduan ini.
Klik sini: Cara Dapatkan Supplier Bundle Berkualiti & Langkah penting Mulakan Bisnes Bundle