Program Peningkatan Kemahiran Golongan Belia & Penganggur
Program Peningkatan Kemahiran telah diperkenalkan di dalam pelan PENJANA seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh hari dengan objektif untuk meningkatkan kebolehpasaran diri bagi golongan penganggur melalui program latihan untuk mendapat kemahiran dan meningkatkan kemahiran.
Sebanyak RM2 billion akan diperuntukkan bagi melaksanakan program latihan dan peningkatan kemahiran yang mensasarkan 200,000 belia dan golongan yang tiada pekerjaan. Pelaksanaan program ini dijangka akan bermula pada pertengahan Jun hingga akhir Disember 2020.
Baca juga: Intipati PENJANA/ Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Program Kemahiran dan Peningkatan kemahiran ini.
Isi Kandungan
PROGRAM KEMAHIRAN DAN PENINGKATAN KEMAHIRAN
Tingkatkan Kemahiran Penganggur
Bagi meningkatkan kemahiran untuk golongan penganggur, Kerajaan akan melaksanakan program seperti berikut:
- Kerjasama awam dan swasta bagi meningkatkan kemahiran dalam industri seperti elektrik dan elektronik (E&E) serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi pelabur utama (melalui MIDA, pihak berkuasa koridor)
- Menggalakkan penganggur melanjutkan pelajaran terutamanya dalam kursus jangka pendek di universiti tempatan;
- Memperkasa latihan keusahawanan yang dijalankan dibawah institusi seliaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta MARA; dan
- Skim latihan wakil pemasaran sehingga RM800 seorang dengan mendaftar di SIDC
Tingkatkan Kebolehpasaran Belia
Bagi meningkatkan kebolehpasaran belia, Kerajaan akan melaksanakan program seperti berikut:
- Menyediakan dana padanan sehingga RM250 juta untuk membiayai program latihan dan penempatan di samping lain-lain program peningkatan kemahiran dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
- Mengoptimumkan penggunaan institusi latihan kemahiran awam seperti MARA, kolej komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara dan institut latihan perindustrian di seluruh negara
- Menyokong Program Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) seperti program Perantis Siswazah Pasaran Modal, Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam dan juga skim latihan Kewangan Korporat
- Menyokong Latihan dan Pendidikan Profesional PROTÉGÉ di bawah Financial Industry Collective Outreach (FINCO) yang akan menyediakan latihan dan pengalaman pekerja kepada sehingga 2,000 graduan menganggur
- Memberi kelonggaran syarat bagi Skim PROTÉGÉ Ready To Work (PROTÉGÉ RTW)
Belia harus ambil peluang ini dan laksana inisiatif sendiri untuk pertingkatkan ilmu, kemahiran dan jaringan dalam tempoh mencabar ini. Pelajari juga kemahiran insaniah yang banyak ditawarkan secara dalam talian.
Baca juga: Universiti Harvard Tawar 91 Kursus Online Percuma. Enroll Sekarang & Nanti Boleh Update Resume Anda
Penting bagi belia untuk melengkapkan diri dengan sebanyak mungkin kemahiran kerana ketika ini dan pada masa hadapan, majikan memerlukan pekerja ‘multiskilling’ dan boleh buat pelbagai kerja.
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran, anda boleh layari pautan berikut: