Manfaat Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel Bagi Yang Bekerja Dari Rumah

Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel diperkenalkan di dalam pelan PENJANA seperti yang diumumkan oleh kerajaan bagi menggalakkan pengaturan kerja dari rumah dengan menyediakan bantuan kepada majikan dan pekerja. Manfaat ini akan diterima oleh pekerja yang bekerja dari rumah susulan masalah wabak COVID-19.

Bagi menggalakkan amalan pekerjaan selaras dengan norma baharu, kerajaan akan memberikan insentif percukaian kepada pekerja ini dan perlaksaan insentif ini dijangka akan bermula pada Jun 2020.

Manfaat Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel, Bagi Yang Bekerja Dari Rumah

Berikut adalah manfaat dalam Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel  yang akan diterima oleh pekerja yang bekerja dari rumah.

MANFAAT INSENTIF PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL

Manfaat Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel, Bagi Yang Bekerja Dari Rumah

Insentif Percukaian

Bagi menggalakkan amalan pekerjaan selaras dengan norma baharu, Kerajaan akan memberi insentif percukaian seperti berikut:

  • Galakan potongan cukai tambahan akan diberikan ke atas perbelanjaan yang layak kepada majikan yang melaksanakan atau membuat penambahbaikan pengaturan kerja fleksibel sedia ada (mulai 1 Julai 2020)
  • Pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, tablet, komputer riba, dan tablet daripada majikan (mulai 1 Julai 2020)
  • Pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM2,500 akan diberikan ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet (mulai 1 Jun 2020)

Perlindungan PERKESO

Dengan pertambahan rakyat Malaysia yang bekerja dari rumah, PERKESO akan melindungi:

  • Pekerja yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan pekerjaan di rumah bawah Skim Bencana Kerja.

Baca juga: Dress Code Bila Bekerja Dari Rumah. Pertama, Jangan Pakai Baju Tidur. Ini Sebabnya

GARIS PANDUAN PENGATURAN BEKERJA DARI RUMAH

Kerajaan perlu menyediakan satu garis panduan melibatkan majikan dan pekerja selaras dengan objektif untuk menjayakan pengaturan bekerja dari rumah yang digariskan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

  • Garis panduan itu wajar disediakan kerajaan bagi memudahkan urusan semua pihak di samping melindungi hak mereka yang bekerja dari rumah.
  • Contohnya ia bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku seperti pemberhentian pekerja secara mengejut memandangkan budaya bekerja dari rumah mungkin dipraktikkan sebagai amalan baharu selepas ini.
  • Fleksibiliti dalam pengaturan kerja ini adalah budaya baharu, maka kepercayaan antara majikan dan pekerja harus dijadikan satu perkara pokok kerana melibatkan kedua-dua belah pihak.
  • Kepentingan garis panduan itu bertujuan untuk meningkatkan mutu kerja termasuk menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) dan apa jua krisis.

Semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan kepada anda mengenai manfaat daripada Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel yang akan diterima oleh pekerja yang bekerja dari rumah.

Baca juga: Intipati PENJANA/ Pelan Jana Semua Ekonomi Negara

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari terus ke laman LHDNM dan PERKESO di sini:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma