Cara Login JobsMalaysia Online Portal
Buat anda yang sudah lama tidak login ke postal JobsMalaysia, untuk pengetahuan anda portal JobsMalaysia kini telah dikemas kini kepada JobsMalaysia 2.0.
Jadi bagi yang sudah pun mempunyai akaun JobsMalaysia sebagai Pencari Kerja mahupun Majikan, anda perlu mengemas kini akaun mereka untuk portal JobsMalaysia 2.0 memandangkan akaun itu hanya sesuai untuk versi lama.
Namun pernah juga timbul masalah pengguna versi lama yang tidak dapat login ke JobsMalaysia. Sebenarnya pengguna masih boleh login ke JobsMalaysia versi lama.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara login JobsMalaysia bagi versi baru dan versi lama.
Isi Kandungan
CARA LOGIN JOBSMALAYSIA VERSI BARU 2.0
Berikut adalah cara untuk login JobsMalaysia bagi versi baru:
- Layari laman web JobsMalaysia
- Scroll ke bahagian atas, dan tekan butang LOG MASUK.
- Pada laman seterusnya, anda akan login di bahagian PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI BARU.
- Tekan butang Log Masuk untuk meneruskan sesi login
- Pada laman seterusnya, pada ruangan LOG MASUK KATA LALUAN, masukkan ID Pengguna anda.
- Kemudian, tekan butang SETERUSNYA.
- Pada laman seterusnya, masukkan pula password anda untuk bahagian kata laluan.
- Login anda berjaya. Anda akan tiba di akaun anda untuk memulakan pencarian kerja kosong sebagai Pencari Kerja.
CARA LOGIN JOBSMALAYSIA VERSI LAMA 1.0
Berikut adalah cara untuk login JobsMalaysia versi lama:
- Layari laman web JobsMalaysia
- Scroll ke bahagian atas, dan tekan butang LOG MASUK.
- Pada laman seterusnya, anda akan login di bahagian PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI LAMA.
- Pada Log Masuk Sebagai :, pilih Pencari Kerja.
- Kemudian, pada ruangan ID Pengguna Lama, masukkan ID akaun anda.
- Tekan butang Semak.
- ID anda akan disemak, dan anda akan dibawa ke proses untuk mengemas kini akaun anda supaya anda boleh login untuk portal JobsMalaysia yang baru.
Setelah login, anda boleh lakukan carian jawatan yang anda kehendaki dan klik butang “Mohon” di bahagian bawah iklan jawatan tersebut.
CARA GUNA AKAUN LAMA VERSI 1.0
Untuk menggunakan akaun JobsMalaysia versi lama 1.0, anda hanya perlu klik “Log Masuk” dan melengkapkan bahagian “PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI LAMA”.
Seterusnya anda akan menerima emel pengaktifan di emel anda dan anda perlu menetapkan semula kata laluan anda yang baharu. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.
Mudah sahaja sebenarnya nak login ke portal ini untuk mencari kerja. Semoga perkongsian mengenai cara login ke portal ini akan memudahkan lagi proses pencarian kerja anda. Jangan cepat putus asa ketika mencari kerja, bila tiba masanya pasti anda akan diambil kerja.
Semoga berjaya!