Kad RapidKL: Cara Daftar Pas Bulanan MyRapid

Jika anda merupakan pengguna pengangkutan awam seperti bas RapidKL dan LRT untuk perjalanan hari-hari atau kerap kali seperti pergi ke kerja, sekolah dan sebagainya, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar pas bulanan MyRapid untuk lebih penjimatan.

Bagi yang tidak tahu, RapidKL menawarkan pas bulanan yang merupakan pas perjalanan selama 30 hari untuk rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Rapid KL.

Pas ini akan memberi faedah kepada rakyat yang setiap hari berulang-alik ke tempat kerja menggunakan perkhidmatan bas RapidKL ataupun rel RapidKL.

Kad RapidKL: Cara Daftar Pas Bulanan MyRapid

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui jenis kad RapidKL yang ditawarkan dan cara untuk mendaftar pas bulanan ini untuk lebih penjimatan.

JENIS KAD RAPIDKL

Kad RapidKL: Cara Daftar Pas Bulanan MyRapid

Terdapat dua jenis pas yang diperkenalkan iaitu MY50 dan MY100.

  • Pas My50 hanya boleh digunakan untuk bas RapidKL sahaja di sekitar Lembah Klang
  • Pas My100 dibuka untuk perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, BRT dan bas di bawah RapidKL

Kedua-dua pas yang ditawarkan ini merupakan pas perjalanan tanpa had selama 30 hari. Hanya perlu bayar RM50 atau RM100, anda boleh gunakan pas tersebut tanpa had dalam tempoh 30 hari. Selepas 30 hari, anda boleh buat pembaharuan pas.

Hanya warganegara Malaysia yang sah dengan MyKad atau MyTentera yang sah sahaja boleh membuat permohoanan kad RapidKL.

CARA DAFTAR KAD RAPIDKL (Orang Biasa)

Setakat ini masih tiada pendaftaran secara online yang ditawarkan untuk orang biasa mendaftar pas RapidKL. Pendaftaran secara online hanya ditawarkan kepada pelajar, OKU dan warga emas.

Kad RapidKL: Cara Daftar Pas Bulanan MyRapid

Berikut adalah cara daftar pas RapidKL secara manual di stesen terdekat:

  1. Pergi ke mana-mana stesen LRT, MRT, atau stesen bas terpilih iaitu Hub Bandar Shah Alam, Greenwood (Gombak), Sri Nilam (Ampang) atau Terminal Kajang.
  2. Bawa sekali MyKad atau MyTentera anda ke kaunter semasa ingin membuat pendaftaran.
  3. Untuk pemegang MyKid, MyKid adalah antara 7 hingga 12 tahun sahaja.
  4. Ambil borang permohonan untuk mendaftar
  5. Isikan borang pendaftaran tersebut
  6. Pas bulanan ini hanya perlu didaftar SEKALI sahaja.
  7. Kemudian, setelah tamat tempoh sebulan daripada tarikh pendaftaran, pengguna pas hanya perlu menambah nilai pas menggunakan MyKad miliknya yang telah didaftarkan.
  8. Pas perjalanan adalah tanpa had untuk tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran/tambah nilai.
  9. Tambah nilai juga boleh dilakukan di stesen atau hub seperti yang dinyatakan di atas.

CARA DAFTAR KAD RAPIDKL (Pelajar, OKU & Warga Emas)

Kad RapidKL: Cara Daftar Pas Bulanan MyRapid

Pendaftaran kad RapidKL bagi pelajar, OKU dan warga emas akan mendapat 50% diskaun. Ikut langkah berikut untuk mendaftar:

  1. Layari laman web rasmi MyRapid di sini: https://www.myrapid.com.my
  2. Pergi ke menu bahagian atas
  3. Klik Fares and Payments
  4. Jika anda belum mendaftar, sila baca cara daftar MyRapid di bahagian bawah
  5. Jika anda sudah buat pendaftaran, sila login dengan memasukkan Email Address dan Password
  6. Anda kini sudah berada dalam muka hadapan selepas login
  7. Pilih salah satu
  8. Masukkan maklumat yang diminta
  9. Contohnya, jika anda daftar sebagai student, sila masukkan maklumat berikut:
    -Student Category
    -Nationality
  10. Tekan butang Submit
  11. Rujuk penerangan berikut untuk mengetahui status permohonan:
    -Received: Permohonan diterima, akan disemak terlebih dahulu
    -Rejected: Permohonan ditolak
    -Incomplete: Maklumat tidak lengkap
    -Approved: Permohonan berjaya. Sila buat pembayaran
  12. Sila klik dari dalam email untuk buat pembayaran
  13. Pembayaran berjaya
  14. Ambil kad di lokasi seperti yang dimaklumkan dalam email

CARA DAFTAR PORTAL MYRAPID ONLINE

Untuk daftar akaun di portal MyRapid Online, ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi MyRapid di sini: https://www.myrapid.com.my/register
  2. Masukkan maklumat berikut:
    • Name
    • Date of Birth
    • Gender
    • Email
    • Contact Number
    • Password
    • Confirm Password
  3. Tick I’m not a robot
  4. Tekan butang Submit
  5. Akan keluar mesej: “Thank you for your registration. An email has been sent to your email address. Please follow the instructions in the email to complete the verification process.”
  6. Sila semak email anda untuk mengaktifkan akaun baru ini
  7. Klik pautan dalam email tersebut
  8. Akan keluar satu lagi mesej: ”
    Congratulations! Your account has been successfully verified.
    Click here to login.”
  9. Proses pendaftaran MyRapid anda kini sudah selesai
  10. Anda sudah boleh login MyRapid portal

CARA LOGIN PORTAL MYRAPID ONLINE

Berikut adalah langkah login ke portal MyRapid selepas membuat pendaftaran akaun:

  1. Layari laman web rasmi MyRapid di sini: https://www.myrapid.com.my/login
  2. Masukkan Email Address
  3. Masukkan Password
  4. Tekan butang Login
  5. Anda kini sudah masuk ke dalam portal MyRapid dan boleh mohon kad RapidKL

Pas bulanan RapidKL ini sangat sesuai bagi yang kerap menggunakan pengangkutan RapidKL di Lembah Klang tambahan bagi yang pergi ke kerja setiap hari menggunakan pengangkutan ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pendaftaran pas bulanan MyRapid.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma