Insentif OKU Menganggur: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Dalam pengumuman pelan PENJANA, Perdana Menteri ada memperkenalkan program Insentif Pengambilan Pekerja bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan. Memahami masalah ramai orang yang diberhentikan kerja akibat daripa pandemik COVID-19, insentif ini dapat membantu rakyat mendapat pekerjaan semula.
Program berkenaan dikatakan membabitkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion yang akan memberi manfaat kepada 300,000 penganggur dan belia.
Golongan orang kurang upaya OKU juga tidak dilupakan dalam mendapat manfaat. Insentif ini akan menggalakkan pengambilan golongan OKU yang menganggur untuk bekerja.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai insentif pengambilan golongan OKU yang menganggur ini.
Isi Kandungan
INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA
Melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja ini, syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberikan pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia. Dua insentif diperkenalkan melalui program ini iaitu:
- Menggaji penganggur di bawah umur 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja
- Menggaji penganggur berumur 40 tahun ke atas dan orang kurang upaya (OKU) berjumlah RM1,000 sebulan
Insentif ini dikatakan akan diterima selama enam bulan oleh syarikat yang mengambil pekerja. Manfaat yang diberikan oleh kerajaan ini dapat membantu penganggur golongan OKU memasuki bidang pekerjaan sekaligus meringankan beban syarikat yang menggaji pekerja.
BANTUAN RM300 ONE-OFF KEPADA OKU
Selain daripada Program Pengambilan Kerja yang membuka peluang untuk golongan OKU bekerja, golongan ini juga akan menerima bantuan RM300 secara one-off sebelum Raya Aidiladha.
Baca juga: Bantuan RM300 One-Off Untuk Ibu Tunggal, OKU Bawah JKM Sebelum Raya Aidiladha
Semoga dengan Insentif Pengambilan Pekerja yang disediakan oleh kerajaan ini dapat membantu majikan menggaji pekerja dan membantu golongan penganggur dan OKU mendapatkan pekerjaan.
Sebarang maklumat lanjut mengenai insentif pekerjaan yang diterima oleh OKU menganggur ini akan dikemaskini jika terdapat maklumat yang sahih.