Senarai Model Kereta Di Malaysia Yang Resale Value Tinggi Selepas 5 Tahun

Apabila ingin buat keputusan untuk membeli kereta, antara faktor yang selalunya orang pertimbangkan adalah Resale Value (nilai jualan semula) kereta tersebut selain daripada ruang, warna, jenama, populariti dan harga.

Maklumlah, harga kereta di Malaysia ini agak tinggi harganya. Bila dah silap pilih kereta yang tak ada nilai bila dijual nanti, terpaksalah pakai kereta itu sampai tua. Jika anda jenis yang suka tukar-tukar kereta, pilihlah kereta yang Resale Value tinggi.

Apa itu Resale Value? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maksud Resale Value dan jenis kereta yang mempunyai Resale Value yang tinggi.

FAHAMI MAKSUD RESALE VALUE

Resale Value adalah nilai jualan semula kereta selepas satu tempoh tertentu. Seperti yang anda tahu, kereta adalah sejenis aset yang semakin lama, semakin susut nilainya.

Kereta baru biasanya akan susut 20% nilainya pada tahun pertama. Masuk tahun kedua sampai tahun ke-10, ia akan susut lagi 15% setiap tahun. Ini bermakna selepas 10 tahun, nilai sesebuah kereta biasanya hanya bernilai 10% daripada nilai masa kita beli.

Senarai Model Kereta Di Malaysia Yang Resale Value Tinggi Selepas 5 Tahun

Contohnya jika kita beli Nissan Almera baru yang berharga RM74,000. Selepas setahun kita pakai, nilainya akan jatuh kepada RM59,200. Lepas lima tahun pakai, nilai kereta tersebut adalah RM38,342.

Katakan selepas 5 tahun kita nak jual balik Nissan Almera tersebut sebab nak tukar kereta lain. Masa beli dulu, katakan kita bayar deposit RM5,000. Loan pula kita ambil selama 9 tahun dengan kadar faedah sebanyak 4% setahun. Selepas 5 tahun, kita masih ada hutang RM41,707 dengan bank.

Ini bermakna, jika kita nak trade ini kereta, kita kena tambah lagi RM2,865 duit sendiri dulu. Kemudian baru boleh jual atau trade ini kereta baru.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RESALE VALUE KERETA

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi resale value sesebuah kereta itu. Antaranya:

1) Reputasi Jenama

Di Malaysia, ada beberapa jenama yang mempunyai reputasi bagus berbanding jenama lain. Contohnya di Malaysia, jenama seperti Mercedes, Perodua, Honda dan Toyota mempunyai reputasi yang bagus berbanding jenama lain seperti BMW, Proton, Nissan, Mazda, Hyundai, Peugeout dan lain-lain.

2) Harga Minyak

Biasanya kereta yang terkenal jimat minyak akan mempunyai resale value yang tinggi. Contohnya Myvi, pasti semua tahu bahawa kereta jenis ini jimat minyak. Jika kita lihat jualan kereta Myvi secondhand, harganya tidak jauh beza dengan harga kereta baru. Disebabkan sifatnya yang jimat minyak, nilainya susut  dengan rendah.

3) Kos & Kesediaan Spare Part kereta (alat ganti)

Faktor ini ada kaitannya dengan faktor pertama – reputasi jenama. Salah satu sebab sesetengah jenama ini mendapat reputasi tinggi adalah kerana kos dan kesediaan alat ganti kereta Perodua yang lebih murah dan meluas di Malaysia.

Selain itu kualiti servis selepas jualan juga menjadi ukuran. Contohnya, salah satu punca kenapa Perodua mempunyai reputasi tinggi berbanding Proton adalah kerana pengalaman buruk ramai pengguna Proton dengan servis selepas jualannya.

4) Populariti

Bila faktor pertama, kedua dan ketiga digabung, maka secara automatiknya permintaan pelanggan akan meningkat – sekaligus meningkatkan popularitinya. Sebab itu Perodua Myvi lebih popular berbanding Proton Iriz di Malaysia.

5 MODEL KERETA YANG MEMPUNYAI RESALE VALUE TINGGI

1) Perodua Myvi

Senarai Model Kereta Di Malaysia Yang Resale Value Tinggi Selepas 5 Tahun

Semua tahu bahawa Perodua Myvi merupakan kereta paling laris di Malaysia sejak 2006 sehingga kini. Jika lihat di jalan raya, memang banyak Perodua Myvi. Ia merupakan kereta popular yang kerap dijadikan kereta kedua sesebuah keluarga atau kereta pertama orang bujang.

Harga Perodua Myvi 1.5 Advace baru 2015 : RM58,500
Harga Perodua Myvi 1.5 Advance terpakai pada 2020: RM30,000
Peratusan susut nilai: RM28,500 (49%)

2) Honda City

Senarai Model Kereta Di Malaysia Yang Resale Value Tinggi Selepas 5 Tahun

Daripada banyak-banyak model Honda, Honda City merupakan model paling popularnya di Malaysia. Rupa, teknologi, penjimatan minyak dan saiznya sebagai kereta segmen B membuatkannya satu pelaburan berbaloi pada harga antara RM76,000 hingga RM91,000.

Harga Honda City V baru pada 2014: RM90,800
Harga Honda City V terpakai pada 2020: RM40,000
Peratusan Susut Nilai: RM50,800 (56%)

3) Toyota Vios

Senarai Model Kereta Di Malaysia Yang Resale Value Tinggi Selepas 5 Tahun

Toyota Vios merupakan pesaing utama Honda City dalam segmen kereta segmen B berjenama import. Mempunyai kelebihan dan harga yang lebih kurang serupa dengan Honda City, Toyota Vios turut popular kerana varian TRD Sportivo keluarannya.

Harga Toyota Vios TRD Sportivo baru pada 2015: RM94,800
Harga Toyota Vios TRD Sportivo terpakai pada 2020: RM40,000
Peratusan susut nilai: RM54,800 (58%)

4) Honda Civic

Senarai Model Kereta Di Malaysia Yang Resale Value Tinggi Selepas 5 Tahun

Sekarang kita tengok kereta segmen C pula. Pada tahun 2015, Honda Civic yang berspesifikasi paling tinggi dilengkapi dengan powered driver seat, paddle shift, cruise control dan butang push start. Faktor ini menjadikannya sangat popular sehingga kini.

Harga Honda Civic 2.0S baru pada 2015: RM132,800
Harga Honda Civic 2.0S terpakai pada 2020: RM55,000
Peratusan Susut Nilai: RM77,800 (59%)

5) Toyota Corolla Altis

Senarai Model Kereta Di Malaysia Yang Resale Value Tinggi Selepas 5 Tahun

Merupakan pesaing Honda Civic dalam kelas kereta segmen C, Toyota Corolla Altis turut dilengkapi dengan semua teknologi yang ditawarkan oleh pesaingnya. Walaupun ia dikatakan kurang berkuasa berbanding Honda Civic, ramai yang memuji persembahan gear CVT Toyota Corolla Altis yang dikatakan lebih lembut.

Harga Toyota Corolla Altis 2.0V baru pada 2015: RM136,000
Harga Toyota Corolla Altis 2.0V terpakai pada 2020: RM70,000
Peratusan susut nilai: RM66.000 (49%)

Baca juga: Cara Renew Roadtax Paling Mudah Tanpa Ke JPJ & Tak Perlu Jumpa Ejen

Untuk makluman anda kiraan peratusan susut nilai ini adalah sebagai contoh sahaja bagi memberi keterangan bagaimana sesebuah kereta itu mengalami susut nilai. Jika anda seorang yang suka bertukar-tukar kereta, bagus jika anda beli kereta yang nilai Resale Valuenya tinggi seperti model kereta di atas. Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma