i-GPS: Cara Mohon Bantuan RM300 Untuk Pelajar IPT Pulang Sarawak
Kerajaan negeri Sarawak telah membelanjakan sekitar RM1 juta untuk menyediakan subsidi tambang penerbangan yang dinamakan Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (iGPS) bagi anak-anak Sarawak yang melanjutkan pengajian mereka di luar Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan bahawa inisiatif ini akan dilangsungkan untuk tahun 2022.
Subsidi ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung pelajar dari Sarawak yang ingin balik ke kampung dari Semananjung setiap kali musim perayaan atau percutian semester.
Subsidi tiket sebanyak RM300.00 akan diberikan kepada para pelajar IPTA/IPTS Sarawak yang menuntut di IPT berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Berikut adalah syarat kelayakan dan cara untuk membuat permohonan iGPS.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN GRADUAN PULANG SARAWAK (I-GPS)
Nilai subsidi i-GPS untuk satu permohonan yang berjaya adalah sebanyak:
- RM300
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan permohonan iGPS adalah:
- Seorang pemohon hanya layak menerima subsidi i-GPS sebanyak dua kali sahaja untuk tahun 2022
- Pemohon adalah anak Sarawak yang berusia 18 tahun dan ke atas pada tarikh penerbangan dilakukan
- Pemohon masih aktif dan belajar secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Malaysia yang berdaftar di bawah mana-mana Kementerian yang berkenaan pada tarikh penerbangan dilakukan
- Tarikh penerbangan pemohon adalah pada mana-mana tarikh dalam tahun 2022
- Perjalanan penerbangan pemohon adalah dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Labuan balik ke Sarawak sahaja
Permohonan i-GPS TIDAK TERPAKAI untuk sebarang penerbangan berikut:
- Penerbangan yang ditaja oleh Kerajaan atau Agensi Berkaitan Kerajaan atau mana-mana organisasi lain; atau
- Penerbangan yang ditunda atau dibatalkan oleh syarikat penerbangan
PANDUAN MOHON i-GPS
Permohonan bagi pelajar IPT yang berkelayakan dan memerlukan bantuan ditawarkan boleh dibuat secara dalam talian melalui 2 kaedah berikut:
- Melalui sistem laman web yayasansarawak.org.my; atau
- Menggunakan mobile app Yayasan Sarawak Student App
Pemohon hedaklah menghantar permohonan yang betul dan lengkap dalam tempoh 60 hari selepas tarikh penerbangan dilakukan.
Permohonan yang lewat, tidak lengkap, diragui dan/atau palsu tidak akan dilayan dan akan ditolak tanpa notis. Setiap permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat permohonan i-GPS yang telah ditetapkan.
Sarawak Volunteers berhak mengubah terma dan syarat permohonan i-GPS tanpa sebarang notis. Sebarang keputusan oleh Sarawak Volunteers terhadap mana-mana permohonan i-GPS adalah muktamad.
Rujuk panduan lengkap permohonan bantuan i-GPS di bawah: