Cara Mudah Berniaga di Lazada, Boleh Buat Di Rumah Sahaja

Lazada telah wujud sejak tahun 2012 dan kini, merupakan sebuah platform marketplace yang terbesar di  Asia! Ditambah dengan promosi-promosi yang sering dilakukan di televisyen,  surat khabar serta di media-media massa yang lain,  Lazada kini menjadi sebuah website yang paling dipercayai oleh orang ramai untuk membeli-belah secara online.

Sebagai pemilik atau penjual produk pula, Lazada adalah merupakan sebuah lagi “lubuk emas” kepada peniaga-peniaga online. Namun ramai peniaga tidak tahu macam mana nak mula berniaga di Lazada.

Baca juga: Cara Dapatkan Supplier Bundle Berkualiti & Langkah Penting Mulakan Bisnes Bundle

Pasti ramai yang sudah lama mengidam untuk kembangkan bisnes di Lazada kan? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara mudah untuk anda mulakan bisnes di Lazada.

7 SEBAB KENAPA ANDA PERLU JUAL PRODUK DI LAZADA

Cara Mudah Berniaga di Lazada, Boleh Buat Di Rumah Sahaja

  • Lazada Mempunyai Bilangan Pengunjung Yang Sangat Ramai.
    Bilangan pengunjung yang melawati Lazada sama ada menerusi website ataupun apps, adalah seramai 700,000 orang sehari! Ianya jauh lebih ramai dari bilangan pengunjung di KLCC mahupun mana-mana pasaraya terbesar di Malaysia.
  • Pasaran Luas, Seluruh Malaysia.
    Jika anda membuka kedai di sesuatu kawasan, maka pelanggan anda adalah orang-orang di sekitar kawasan tersebut sahaja.  Tapi, apabila anda membuka “kedai maya” di Lazada, potensi pasaran anda adalah dari seluruh Malaysia, orang-orang dari Kelantan, Perlis, Johor, Sabah & Sarawak pun boleh beli produk anda.
  • Jualan 24 Jam Tanpa Henti.
    Ya! apabila anda meletakkan barang anda di Lazada, orang boleh beli produk anda 24 jam, tiada lagi waktu terhad, waktu buka & tutup kedai. Pukul 2-3 pagi sewaktu anda sedang lena tidur pun, ada orang yang beli produk anda.
  • Kos Rendah.
    Jika anda membina website sendiri, anda perlu bayar kos domain dan hosting setiap tahun. Tetapi, di Lazada, tiada sewa bulanan atau tahunan yang anda perlu bayar. Anda hanya dikenakan caj 2% sahaja bagi setiap jualan yang terhasil. Kalau tiada jualan, maka tiada sebarang caj.
  • Sistem Yang Canggih.
    Sama ada dari segi sistem pengurusan produk, pengurusan tempahan mahupun sistem pembayaran, Lazada menyediakan sistem yang canggih yang memudahkan pembeli dan juga penjual. Anda tidak perlu lagi pening kepala memikirkan hal-hal teknikal berkaitan keselamatan sistem dan server apabila berniaga di Lazada.
  • Jimat Masa, Tak Perlu Layan Whatsapp.
    Ini juga salah satu kelebihan utama apabila anda menjual di Lazada. Tak perlu lagi buang masa nak  layan dan belai-belai prospek yang belum tentu lagi mahu membeli. Kalau mereka berminat, mereka akan terus klik butang order dan buat bayaran.
  • Promosi & Pemasaran Yang Hebat.
    Setiap bulan, Lazada akan mengadakan promosi dan pemasaran yang hebat dan secara besar-besaran. Mereka akan membuat iklan di media massa, internet malah Lazada juga pernah menganjurkan konsert untuk kempen 11.11 dan 12.12 mereka. Promosi sebegini telah banyak melonjakkan jualan peniaga-peniaga di Lazada.

JUALAN MENCECAH 6 ANGKA SEHARI DI LAZADA

Jangan pandang rendah dengan kempen-kempen pemasaran yang dijalankan oleh pihak Lazada seperti Kempen 11.11 dan juga kempen 12.12 yang selalu dilakukan oleh pihak lazada setiap tahun.

Tahun lepas, sewaktu kempen 11.11 di jalankan, ada peniaga yang berjaya menjana jualan sehingga 6 Angka dalam tempoh sehari sahaja.

Ini adalah bukti jualan sebenar seorang peniaga di Lazada dalam tempoh 1 hari sahaja, iaitu semasa kempen 11.11 dijalankan.

Cara Mudah Berniaga di Lazada, Boleh Buat Di Rumah Sahaja

CARA MUDAH BERNIAGA DI LAZADA

Dah lihat kelebihan jika berniaga di Lazada? Bagaimana, terpegun tak? Jadi tunggu apa lagi, jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja. Inilah masanya untuk anda mulakan langkah menjual barang di Lazada.

Untuk berniaga di Lazada, banyak perkara yang perlu anda ambil tahu iaitu dari cara untuk mendaftar sebagai penjual di Lazada sehinggalah cara membuat penghantaran ke pelanggan. Banyak lagi yang perlu anda tahu dari segi promosi, pembekal dan lain-lain.

Namun anda tidak perlu bersusah payah fikirkan semua itu, anda hanya perlu dapatkan ebook PANDUAN BISNES LAZADA sahaja, semuanya sudah LENGKAP diberikan dalam ebook tersebut. Nak tahu apa ada dalam ebook ini? Baca perkongsian di bawah.

PANDUAN MULAKAN BISNES LAZADA

Cara Mudah Berniaga di Lazada, Boleh Buat Di Rumah Sahaja

Panduan ini dihasilkan untuk membantu anda yang mahu menjual di Lazada supaya anda tidak menanggung rugi seperti mana yang pernah penulis alami dulu sewaktu mula-mula menjual produk di Lazada. Di dalam ebook ini, beliau terangkan satu demi satu langkah-langkah untuk melisting barang dan memproses order secara betul di Lazada.

Pepatah inggeris ada menyebut, Don’t Reinvent the Wheel. Anda tidak perlu bersusah payah untuk cuba jaya sendiri dan mencari-cari cara yang tepat untuk menjual barang di Lazada. Semuanya sudah diterangkan dan dijelaskan di dalam panduan ini. 

Anda hanya perlu ikut & tiru saja. Belajar dari kesalahan orang lain, adalah lebih murah dan mudah daripada belajar dari kesalahan diri sendiri.

KANDUNGAN EBOOK PANDUAN BISNES LAZADA

Dalam ebook panduan ini, penulis dah tulis dan tunjukkan siap-siap. Secara langkah demi langkah, dari mula daftar akaun di Lazada, cara nak masukkan barang hinggalah sampai kepada cara nak pos barang itu kepada pembeli.

Ia memang complete! Antara perkara-perkara penting yang ditulis di dalam ebook ini ialah:

  • Cara Daftar Sebagai Seller Di Lazada
    Ebook  tunjukkan langkah demi langkah secara bergambar, bagaimana untuk mendaftar dengan betul untuk menjadi penjual di Lazada.
  • Cara Listing Produk Yang Tepat
    Ada beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk menyenaraikan produk anda di website Lazada. Dalam ebook ini, penulis tunjukkan secara bergambar step-by-step bagaimana melakukannya. Ada beberapa bahagian penting yang perlu anda titik beratkan sewaktu membuat penyenaraian barangan anda. Jika anda tidak “cakna” tentang perkara ini, anda mungkin akan mengalami kerugian!
  • Cara Proses Order
    Mungkin bunyi macam mudah… Apa yang susahnya? Bila dah dapat order, hantar sahajalah barang tu kepada customer! Tapi, disinilah kesilapan yang telah penulis lakukan dan menyebabkan beliau kerugian RM500 untuk order pertama yang diterima di Lazada. Semuanya hanya disebabkan beliau terlupa klik satu “Link” pada bahagian memproses tempahan ini.
  • Cara Selesaikan Masalah Pelanggan
    Ya! Setelah anda berjaya menjual kepada ramai orang, pastinya akan wujud  satu dua masalah yang perlu anda hadapi! Antaranya seperti barangan tidak sampai kepada pelanggan, barang rosak apabila sampai ke tangan pelanggan dan sebagainya! Jadi, ada satu bab dalam ebook ini telah diceritakan bagaimana untuk menangani masalah tersebut dengan profesional.
  • Cara Promosi Produk Anda Di Lazada
    Walaupun di Lazada sudah ada berjuta pelawat sebulan, tetapi anda juga perlu lakukan sedikit promosi agar barang anda dapat menarik perhatian pembeli dan membolehkan barangan anda terjual dengan lebih cepat dan lebih banyak. Pihak Lazada sudah menyediakan 7 tools yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan barangan anda. Penulis tunjukkan setiap satu cara menggunakannya.
  • Cara Design Lazada Store Anda
    Susun atur kedai yang cantik dan kelihatan profesional akan membantu Lazada store anda untuk lebih menonjol berbanding kedai lain. Ia juga akan mempengaruhi keyakinan pelanggan untuk membeli di kedai anda. Penulis tunjukkan juga bagaimana cara untuk melakukannya.
  • Cara Promosi Lazada Store Anda
    Ada 7 cara yang boleh anda lakukan untuk mempromosikan kedai Lazada anda. Semuanya dilakukan secara Percuma sahaja.
  • Sumber Borong Produk
    Ada beberapa tempat dan website yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber produk secara borong! Penulis kongsikan sumber tersebut
  • Cara Jual Produk Secara Dropship
    Nak jual produk secara Dropship di Lazada ni ada lain sikit. Tak sama seperti anda menjual produk dropship di Shopee, Facebook ataupun Instagram. Dalam panduan ini, ada satu bab khusus, penulis tunjukkan cara yang sebetulnya bagaimana mahu menjual produk secara dropship di Lazada.

2 BONUS TAMBAHAN EBOOK SPECIAL

Jika anda dapatkan ebook panduan bisnes lazada ini, anda juga akan dapat 2 bonus tambahan ebook special secara percuma!

Bonus 1: Panduan Express Berniaga DI Lelong

Cara Mudah Berniaga di Lazada, Boleh Buat Di Rumah Sahaja

Alang-alang sudah berniaga di Lazada, apa kata anda berniaga juga di Lelong.my? Lebih banyak channel jualan, ianya lebih baik. Ibaratnya, ia seperti anda membuka banyak kedai di banyak tempat.

Jadi, di dalam ebook bonus ini, penulis tunjukkan kepada anda, bagaimana untuk membuka kedai di website Lelong.my dengan pantas.

Bonus 2: Exposed! Gaya Santai Urus Bisnes Di Lazada

Cara Mudah Berniaga di Lazada, Boleh Buat Di Rumah Sahaja

Berniaga di Lazada ini, tak sama seperti berniaga di kedai fizikal. Kita tidak perlu duduk dan tunggu depan komputer sepertimana orang yang jaga kedai dari pukul 10 pagi sampai 10 malam. Kita hanya perlu luangkan masa beberapa jam sahaja untuk uruskan kedai kita di Lazada.

Dalam ebook bonus ini, penulis kongsikan jadual rutin harian beliau. Pukul berapa perlu semak order? pukul berapa perlu bungkus barang? dan pukul berapa perlu pergi ke pejabat pos untuk buat penghantaran.

Semuanya boleh dilakukan hanya secara santai sahaja!

EXTRA BONUS! – FB GROUP SUPPORT

Cara Mudah Berniaga di Lazada, Boleh Buat Di Rumah Sahaja

Tidak cukup dengan 2 ebook Bonus tambahan diatas! Ada juga turut menyediakan sebuah Facebook Group khas untuk anda yang mendapatkan ebook ini pada hari ini.

Dalam group ini, anda boleh bertanya soalan jika anda ada sebarang perkara yang mungkin anda kurang jelas setelah membaca ebook Bisnes Lazada ini.

Di dalam group ini juga anda boleh saling mengenali pembaca-pembaca ebook yang lain dan berkongsi info dan tips yang terkini. Jadi, anda tidak perlu risau kerana anda tidak akan ditinggalkan berseorangan setelah anda mendapatkan ebook ini.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BISNES LAZADA SEKARANG

Jika anda sudah bersedia untuk berniaga di Lazada, anda boleh dapatkan ebook bisnes Lazada ini sekarang tanpa perlu berlengah lagi! Harga yang ditawarkan hanyalah RM100 SAHAJA. Dengan harga serendah ini, pelbagai ilmu berharga yang bakal anda peroleh. Bukan setakat ebook ini sahaja, harga ini termasuk 2 bonus special dan extra bonus yang ditawarkan.

Dapatkan sekarang dengan klik butang di bawah.

KLIK UNTUK ORDER EBOOK PANDUAN BISNES LAZADA

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma