Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti Sesi Jun 2020

Keputusan permohonan UPUOnline bagi calon lepasan SPM kini boleh disemak mulai hari ini (3 Jun 2020). Calon-calon yang berjaya ditawarkan ke Politeknik dan Kolej Komuniti boleh membuat cetakan surat tawaran mulai 5 Jun 2020 jam 1 petang.

Bagi yang tidak berjaya, jangan risau. Calon yang tidak berjaya ditawarkan mana-mana IPT dan ingin membuat rayuan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, permohonan rayuan akan dibuka. Calon boleh buat permohonan secara atas talian.

Baca juga: Permohonan Rayuan UPUOnline Sesi 2020/2021 Kini Dibuka

RAYUAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

Permohonan rayuan akan dibuka mulai 5 JUN 2020 (Jumaat) bermula jam 1 petang. Bagi calon yang ingin membuat rayuan, mohon tidak lupa tarikh yang akan tiba ini.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti.

Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti 2020

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, anda boleh hubungi talian 03-8888 3837 (waktu pejabat) atau emel ke alamat jppkk.ambilan@mohe.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma