Permohonan Bantuan Membina Atau Membaiki Rumah MAIWP

Bantuan Membaiki atau Membina rumah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu Golongan Asnaf untuk membaiki kediaman dan rumah mereka. Namun permohonan bantuan mestilah tertakluk kepada syarat kelayakan yang telah di tetapkan.

Anda boleh semak syarat kelayakan serta dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan di perkongsian bawah.

Isi Kandungan

SYARAT UMUM

Antara syarat yang perlu dipenuhi untuk memohon bantuan membaiki/ membina rumah adalah:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermaustatin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Permohonan Bantuan Membina atau Membaiki Rumah MAIWP

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk membuat permohonan, anda perlu sediakan semua dokumen yang diperlukan ini:

  • Borang permohonan
  • Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  • Satu salinan kad pengenalan:
    – Pemohon
    – Suami
    – Isteri
    – Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan)
    * Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  • Satu salinan bil utiliti / cukai pintu rumah didiami.
  • Satu salinan geran tanah atas nama pemohon sendiri / penama bersama (bagi kes pusaka)
  • Surat persetujuan / kebenaran membina rumah daripada saudara mara yang mempunyai hak keatas tanah pusaka.

LAIN-LAIN DOKUMEN SEKIRANYA BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN

Keluarga bercerai:

  • Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.

Ahli keluarga telah meninggal dunia:

  • Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.

Saudara baru/mualaf:

  • Satu salinan kad memeluk Islam.

Orang Kelainan Upaya (OKU):

  • Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).

Penghidap sakit kronik:

  • Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.

Sedang mengikuti pengajian di IPT:

  • Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.

Keluarga bermasalah:

  • Satu salinan laporan polis/ surat penjara.

Muflis:

  • Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Baca juga: Senarai Bantuan Pusat Zakat Setiap Negeri Untuk Bantuan Rakyat

CARA MEMOHON

Borang permohonan yang telah siap diisi perlu disertakan dengan semua dokumen yang diperlukan. Setelah borang dan dokumen telah disediakan, pemohon boleh hantar terus dengan hadir sendiri ke kaunter Baitumal MAIWP yang telah ditetapkan.

Serahan borang dan permohonan boleh dilakukan di alamat kaunter berikut:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras G,1,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
51200, Malaysia

Tel: 03 – 4047 9444

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma