Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Bantuan RM500 Penjaja Kecil Di Buka Sehingga 7 Jun. Mohon Segera

Oleh Cikgu Shaari • June 3, 2020 • 2 min baca

Bantuan RM500 Penjaja Kecil Di Buka Sehingga 7 Jun. Mohon Segera
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan negeri Selangor memandang serius penularan COVID-19 yang kini sudah dikategorikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memaksa Kerajaan Malaysia melaksanakan langkah drastik, iaitu Perintah Kawalan Pergerakan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak terbabit.

Bagi mengurangkan beban kehidupan dan kesulitan ekonomi akibat perintah itu, Kerajaan Selangor telah melaksanakan pakej rangsangan yang dikenali sebagai Pakej Selangor Prihatin.

Bantuan sebanyak RM500 di bawah pakej ini akan diberikan kepada penjaja yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Semak syarat kelayakan permohonan dan cara memohon di perkongsian bawah.

KELAYAKAN PEMOHON

Syarat Kelayakan Asal:

  • Peniaga memiliki Lesen/ Permit Penjaja (di bawah UUK Penjaja)
  • Lesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020

Syarat Kelayakan Diperluas Kepada:

  • Peniaga berlesen (walaupun bukan di bawah UUK penjaja) yang menyewa premis PBT untuk kategori Kiosk, Gerai, Medan Selera dan Pasar
  • Lesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020

CARA MEMOHON

Anda boleh membuat permohonan sekarang sehingga tarikh tutup iaitu 7 JUN 2020. Permohonan boleh dibuat di laman SELANGOR PRIHATIN.

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan di bawah kategori INSENTIF KHAS PENJAJA ONE OFF dan klik “Seterusnya” untuk langkah permohonan berikutnya.

Bantuan RM500 Penjaja Kecil Di Buka Sehingga 7 Jun. Mohon Segera

Insentif sebanyak RM500 akan disalurkan terus ke akaun bank pemohon yang layak dalam 14 hari bekerja dari tarikh permohonan sekiranya maklumat lengkap

Baca juga: Senarai Pinjaman Perniagaan 2020 Untuk Bantu Perniagaan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Insentif khas penjaja ini, anda boleh hubungi talian mengikut daerah berikut:

Bantuan RM500 Penjaja Kecil Di Buka Sehingga 7 Jun. Mohon Segera

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.