Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Terima RM450 Semasa Berpantang [Borang]
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020 telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020.
Untuk makluman anda BIB masih DITERUSKAN pada tahun 2021.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Bantuan Ibu Bersalin yang disertakan dengan syarat kelayakan dan borang permohonan bantuan.
Isi Kandungan
BANTUAN IBU BERSALIN UNTUK RAKYAT SARAWAK
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini dikhaskan buat rakyat Sarawak yang memenuhi syarat kelayakan sebagai bantuan untuk penjagaan selepas bersalin. BIB juga boleh dipohon oleh anak Sarawak yang berada di luar negeri ini seperti di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Wilayah Persekutuan.
TEMPOH BUAT PERMOHONAN BANTUAN
Bagi ibu mengandung yang mencapai usia kandungan 22 minggu sudah boleh memohon BIB. Tempoh terakhir membuat permohonan untuk bantuan ini ialah :
- Tempoh akhir mohon: Tiga bulan selepas melahirkan anak.
Tempoh ini adalah paling maksimum kerana bantuan ini hanya untuk tiga bulan bukannya sepanjang tahun.
SYARAT KELAYAKAN
Semak syarat kelayakan di bawah untuk membuat permohonan:
- Warganegara Malaysia;
- Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
- Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
- Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin.
CARA MEMOHON BANTUAN
Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah untuk memudahkan pemohon iaitu:
- Secara online melalui Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2021
- Secara manual iaitu melalui Borang Permohonan
Rujuk carta alir untuk permohonan secara online dan manual di bawah untuk ketahui proses permohonan.
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan untuk permohonan secara manual boleh dapatkan dengan memuat turun borang di bawah atau dapatkan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/ Pejabat Residen Bahagian/ Pejabat Daerah/ KWKPK.
Borang permohonan yang telah siap diisi dan dilengkapi dengan nota discaj atau sijil lahir bayi boleh diserahkan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/ Pejabat Residen Bahagian/ Pejabat Daerah/ KWKPK.
PERINGATAN PENTING
Jika pemohon telah memohon menggunakan borang permohonan manual, pemohon TIDAK PERLU memohon kali kedua melalui online. Pihak KWKPK berhak untuk menolak permohonan ibu jika terdapat permohonan kali kedua atau permohonan banyak kali di buat.
Pastikan pemohon telah bersalin dan mempunyai dokumen seperti NOTA DISCAJ atau SIJIL LAHIR BAYI sebelum memohon secara online.
Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap atau palsu, KWKPK berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB), anda boleh terus ajukan melalui emel insentif.ibubersalin@gmail.com atau hubungi talian 082-311340/ 082-311718. Berikut adalah alamat surat menyurat yang menguruskan bantuan ini:
- Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak