Ini Cara Buat Pinjaman Duit Segera Dengan Selamat. Jangan Sesekali Pinjam Along!

Jika anda memerlukan wang segera atau terdesak sangat, ingatlah untuk tidak sesekali kaitkan diri dengan Along. Buruk padahnya!

Keperluan atau kecemasan yang muncul tiba-tiba boleh menyebabkan simpanan yang ada tidak cukup. Situasi beginilah antara punca ramai yang buat pinjaman Along kerana memerlukan wang segera dalam masa kurang 24 jam bagi menyelesaikan kekusutan kewangan yang dihadapi.

Berikut adalah cara-cara selamat untuk anda membuat pinjaman segera.

CARA MENDAPATKAN PINJAMAN WANG SEGERA

Untuk membuat pinjaman wang segera, ada dua cara iaitu melalui bukan institusi dan melalui institusi.

Bagi cara bukan institusi ialah dengan mendapatkan pinjaman segera dari ahli keluarga, sahabat dan along, manakala cara institusi adalah mendapatkan bantuan kewangan dari institusi kewangan, bank atau syarikat pemberi pinjaman berlesen.

PINJAMAN BUKAN INSTITUSI

Pinjaman Dari Keluarga & Rakan

Cara pertama yang perlu anda cuba dalam mendapatkan wang segera anda cuba dapatkan pinjaman daripada keluarga atau rakan anda. Biasanya kenalan yang percaya kepada anda sanggup memberikan anda pinjaman kewangan.

Ini Cara Buat Pinjaman Duit Segera Dengan Selamat. Jangan Sesekali Pinjam Along!

Namun pinjaman daripada keluarga atau rakan selalunya tidak akan membabitkan amaun yang terlalu besar berbanding pinjaman dengan institusi. Dalam membuat pinjaman dengan kenalan juga ada risikonya.

Antara risiko yang mungkin berlaku adalah:

  • Hubungan renggang jika anda gagal menunaikan janji melunaskan semula hutang dalam tempoh yang dijanjikan
  • Pemberi pinjaman mungkin akan mengejar anda lebih awal untuk bayar hutang, tidak seperti tempoh yang dijanjikan

Maklumlah, tempoh bayaran balik yang dijanjikan berlaku secara tidak formal atau bukan dalam bentuk bertulis, ianya hanya persefahaman secara lisan.

Berbeza dengan meminjam dengan institusi, mereka hanya akan menuntut bayaran semula daripada peminjam mengikut tempoh yang sudah dipersetujui dan disebut di dalam perjanjian bertulis.

Jangan Pinjam Along!

Jangan sesekali terfikir untuk membuat pinjaman along atau syarikat kewangan berlesen kerana cara ini belum tentu selamat. Langkah ini tidak selamat kerana mungkin memudaratkan dalam jangka sederhana dan jangka panjang.

Jangan terpedaya dengan istilah “berlesen”. Hati-hati dan elakkan melakukan pinjaman seperti ini.

Ini Cara Buat Pinjaman Duit Segera Dengan Selamat. Jangan Sesekali Pinjam Along!

Pasti ramai yang sudah tahu dan pernah dengar pengalaman pahit yang dilalui peminjam seperti yang dilaporkan di pelbagai media. Justeru, jangan terlalu mudah dan cepat membuat pinjaman dengan along.

PINJAMAN INSTITUSI

Pinjaman Duit Segera Melalui Kad Kredit

Kad kredit adalah antara pilihan terbaik yang ada untuk mengatasi keperluan kewangan seseorang dalam tempoh terdesak dan tidak membabitkan amaun yang besar.

Ini Cara Buat Pinjaman Duit Segera Dengan Selamat. Jangan Sesekali Pinjam Along!

Namun sudah tentu bank atau institusi kewangan yang menawarkan kemudahan kad kredit ini mengenakan sedikit caj. Jika rekod bayaran balik anda bagus, bank atau institusi kewangan berkenaan mungkin bersedia menawarkan anda sejumlah pinjaman segera dalam amaun yang lebih tinggi berbanding amaun kad kredit jika anda membuat permohonan.

Pinjaman Duit Segera 24 Jam Dari Bank

Ini Cara Buat Pinjaman Duit Segera Dengan Selamat. Jangan Sesekali Pinjam Along!

Anda juga boleh mendapatkan pinjaman kewangan daripada bank-bank tempatan yang menawarkan pinjaman lulus segera dalam tempoh 24 jam dengan syarat. Jika syarat dipenuhi, anda mungkin berpeluang mendapat pinjaman segera daripada bank sehingga RM150,000.

Baca juga: Faktor Utama Permohonan Pinjaman Anda Diluluskan Atau Tidak

Apa yang perlu anda lakukan adalah kunjungi cawangan bank berdekatan untuk bertanya dan buat permohonan. Sebelum membuat permohonan, lebih baik anda baca maklumat lanjut mengenai pinjaman dahulu di laman web bank berkaitan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda mencari peluang untuk mendapatkan pinjaman kewangan segera sama ada dari bukan institusi atau institusi berkaitan. Jika anda seorang peniaga yang memerlukan bantuan kewangan, semak Senarai Pinjaman Perniagaan 2020.

Semoga bermanfaat.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma