Malaysian Bar: Cari Peguam Berdaftar Melalui Portal Find a Lawyer

Dalam memastikan negara kita kekal aman dan sejahtera, undang-undang dijadikan panduan sebagai peraturan negara. Jika ia dilanggar, orang yang melanggarnya mungkin dihukum atau didenda. Secara lazimnya, undang-undang ditadbir oleh suatu sistem mahkamah di mana hakim mendengar pertikaian di antara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil.

Peguam digunakan bagi mewakilkan kita untuk bersuara mengenai sesuatu perkara. Hujahan peguam adalah sesuatu yang orang biasa tidak dapat tandingi. Sebab itulah jika kita terlibat dalam kes perundangan, kita perlukan peguam.

Malaysian Bar: Cara Cari Peguam Berdaftar Melalui Portal Find a Lawyer

Jika anda tidak tahu bagaimana ingin mencari peguam yang berdaftar di Malaysia, dengan adanya portal Malaysian Bar Find a Lawyer segala-galanya lebih mudah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai Malaysian Bar atau Badan Peguam Malaysia dan cara mencari peguam terbaik untuk anda melalui portal Find a Lawyer.

MALAYSIAN BAR (BADAN PEGUAM MALAYSIA)

Badan Peguam Malaysia atau Majlis Peguam Malaysia merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 (dimansuhkan kemudian dan digantikan oleh Akta Profesion Undang-undang 1976).

Tujuan badan ini adalah untuk mendukung kedaulatan undang-undang dan perjuangan keadilan serta untuk melindungi kepentingan profesion undang-undang dan kepentingan orang ramai.

Setiap peguam bela dan peguam cara merupakan ahli Badan Peguam Malaysia secara automatik asalkan mereka memegang perakuan amalan yang sah.

Badan ini mempunyai organisasinya sendiri yang terdiri daripada 38 ahli yang dipilih setiap tahun untuk menguruskan urusan-urusan dan melaksanakan fungsi-fungsi badan ini.

Fungsi Malaysian Bar

Antara fungsi utama Badan Peguam Malaysia adalah:

  • Untuk menegakkan keadilan tanpa dipengaruhi oleh kepentingan sendiri atau ahli-ahlinya, serta tidak dipengaruhi oleh rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak
  • Untuk mengekalkan dan meningkatkan standard pengendalian dan pembelajaran profesion undang-undang di Malaysia
  • Untuk memudahkan pemerolehan pengetahuan undang-undang oleh ahli profesion undang-undang dan lain-lain
  • Untuk mewakili, melindungi dan membantu ahli atau profesion undang-undang di Malaysia dan mempromosikan dengan cara yang betul kepentingan profesion undang-undang di Malaysia, serta banyak lagi fungsi utama lain

FIND A LAWYER (CARI PEGUAM)

Malaysian Bar: Cara Cari Peguam Berdaftar Melalui Portal Find a Lawyer

Kebiasaannya, apabila seseorang individu berdepan dengan sesuatu kes yang melibatkan dirinya, amat lazim bagi individu tersebut mencari seorang peguam yang dapat memberi bantuan guaman, dengan erti kata lain, mewakili kliennya untuk membuktikan bahawa kliennya tidak bersalah selagi bukti yang kukuh tidak dapat disahihkan.

Defendan, iaitu pihak yang dituntut bersalah, mahupun plaintif, pihak yang menuntut seseorang itu bersalah, kedua-dua pihak ini menggunakan peguam untuk membela diri mereka. Sebagai badan bebas, Badan Peguam Malaysia juga ingin memudahkan pelanggan untuk mencari peguam yang sesuai untuk mengendalikan kes mereka.

Cara Guna Portal Malaysia Bar Find a Lawyer

Caranya amat mudah untuk anda sebagai pelanggan/klien:

  1. Layari direktori laman web Malaysian Bar: Find a Lawyer. Anda akan dibawa ke salah satu direktori yang terkandung dalam laman web rasmi Badan Peguam Negara.
  2. Di dalam direktori tersebut, terdapat tiga jenis alternatif carian yang boleh digunakan; Enter Search CriteriaBrowse Lawyers by State dan Browse Lawyers by Name. Pilih salah satu.
  3. Sekiranya anda memilih Enter Search Criteria:
  • Buat pilihan di bahagian kotak teratas yang mengandungi Contains, yang bermaksud sebarang perkataan (nama) yang anda ingin masukkan terkandung dalam mana-mana nama peguam yang berdaftar di bawah Badan Peguam Malaysia, ATAU
  • Memilih Start With, bermaksud sebarang nama yang anda masukkan, merupakan nama awalan untuk mana-mana peguam yang berdaftar di bawah Badan Peguam Malaysia. Misalnya, sekiranya anda memilih Start With dan memasukkan nama Ali dalam kotak di bawah kotak pilihan ini, anda akan mendapat nama peguam yang bermula dengan Ali, tidak kira nama peguam tersebut adalah Ali, ataupun terdapat perkataan Ali dalam nama penuhnya, seperti Alia atau Alister
  • Tekan butang Search untuk mendapat jawapan kepada pencarian anda
  1. Sekiranya anda memilih Browse Lawyers by State:
  • Di dalam kotak pilihan, pilih negeri yang anda ingin untuk carian peguam anda.
  • Hasil carian ini meliputi 14 buah negeri dalam Malaysia, dan juga meliputi peguam daripada firma dari Singapura dan juga Brunei yang berdaftar dengan Badan Peguam Malaysia
  1. Sekiranya anda memilih Browse Lawyers By Name:
  • Pilih abjad dari A sampai Z. Setiap abjad ini mewakili huruf paling awal pada nama penuh setiap peguam yang berdaftar di bawah Badan Peguam Malaysia
  • Sekiranya anda pilih A, maka setiap nama peguam yang bermula dengan huruf A akan terpapar pada hasil carian

Untuk makluman anda, direktori ini berfungsi untuk memaparkan maklumat penuh peguam yang berdaftar dengan Badan Peguam Negara, dan juga maklumat penuh firma peguam tersebut, seperti alamat penuh firma, no telefon dan faks firma, emel firma serta nama peguam di bawah firma tersebut.

Jika anda ingin mendapatkan peguam yang anda inginkan, anda boleh hubungi mereka melalui email atau panggilan telefon. Maklumat yang diberikan akan memudahkan anda menghubungi mereka.

Semoga berjaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma