Cara Terminate Loan ASB & Berapa Jumlah Yang Anda Dapat Selepas Tamatkan Loan ASB
Penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada kehidupan sosial dan ekonomi negara masih tidak henti sehingga kini. Pasti ramai yang perlu buat penstrukturan semula kewangan ekoran kesan ekonomi akibat penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Mungkin ada juga yang terfikir untuk terminate loan ASB yang anda buat sebelum ini bagi menstabilkan kewangan semasa. Jika diikutkan, ia mungkin bukan satu langkah yang bijak.
Tetapi ia boleh boleh dilakukan jika keadaan kewangan sudah tidak stabil. Untuk terminate loan ASB, ia sebenarnya bergantung kepada pihak bank yang anda buat loan tersebut.
Berikut adalah cara untuk terminate loan ASB anda di Maybank, CIMB atau RHB.
Isi Kandungan
CARA TERMINATE ASB LOAN
Untuk terminate ASB loan anda, ikut langkah mudah ini:
- Kunjungi mana-mana cawangan Maybank/CIMB/RHB dan bawa bersama kad pengenalan anda.
- Anda disarankan membawa nombor akaun pinjaman ASB anda. Sekiranya anda terlupa, pegawai bank boleh memeriksa akaun pinjaman ASB anda melalui nombor kad pengenalan anda.
- Kemudian, anda pergi ke bahagian kaunter front desk dan perlu maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB.
- Pegawai bank akan memeriksa status akaun pinjaman anda samaada terdapat baki, status tunggakan dan sebagainya.
- Anda perlu nyatakan sebab atau alasan anda ingin membatalkan pinjaman ASB anda.
- Anda akan diberikan borang daripada pegawai bank iaitu borang membatalkan pinjaman ASB anda.
- Setelah borang permohonan selesai diisi, anda akan dibawa ke front desk untuk memeriksa cap jari.
- Urusan terminate asb loan anda selesai.
CARA KIRAAN JUMLAH YANG ANDA DAPAT SELEPAS TAMATKAN LOAN ASB
Bagi membuat kiraan jumlah yang akan anda dapat selepas tamatkan loan ASB ada dua perkara yang anda perlu lihat pada perjanjian pinjaman ASB and dengan pihak bank di jadual bayaran balik. 2 perkara tersebut adalah:
- Bayaran bulanan loan ASB
- Jumlah interest yang dikenakan
Berikut adalah contoh kiraan yang boleh anda ambil. Anda boleh buat kira-kira sendiri berdasarkan contoh yang diberikan.
Contoh Situasi
Katakan anda mengambil loan asb dengan pihak Maybank. Dan anda mahu membuat pinjaman asb sebanyak RM50K dan membayar balik selama 20 tahun. Dan jadual “Asb Repayment” dari pihak Maybank menunjukkan, anda perlu membayar loan asb setiap bulan sebanyak RM336. Dan interest yang dikenakan adalah (BR + 2.0%) = 3.2% + 2.0% = 5.2% setiap tahun. Dan katakan anda mahu tamatkan loan asb tepat tepat selepas 4 tahun. Jadi berapa wang yang anda dapat?
Ringkasan:
Pinjaman: RM50,000
Tempoh Bayar balik: 20 Tahun
Bayaran Bulanan: RM336
Interest: (BR + 2.0%) = 3.2% + 2.0% = 5.2% setiap tahun
Terminate loan selepas 4 tahun
Mari kita kira.
Interest yang perlu dibayar:
Ianya adalah tentang berapakah keuntungan yang pihak bank mahu DAPAT terhadap pinjaman yang mereka berikan kepada anda. Itulah cara pihak bank buat duit dan dapat untung. Anda pinjam loan asb Maybank sebanyak RM50K. Dan anda dikenakan interest sebanyak 5.2% setahun. Jadi jumlah interest tahunan yang anda kena bayar pada pihak bank adalah = RM50K x 5.2% = RM2600 setahun.
Bayaran bulanan setelah setahun:
Dari jadual asb repayment. Pihak bank sudah tunjukkan dan ceritakan kepada anda yang anda perlu membayar sebanyak RM336 setiap bulan. Jadi setelah setahun, bayaran anda kepada bank adalah = RM336 x 12 bulan = RM4032 setahun
Bayaran terlebih bayar:
Kalau anda perhatikan. Jumlah interest yang pihak bank mahu dapat dari pinjaman yang mereka berikan kepada anda hanyalah RM2600 setahun. Tetapi anda bayar sebanyak RM4032 setahun. Dengan kata lain anda terlebih bayar. Duit yang terlebih bayar inilah yang anda akan dapat balik. Berapa? RM4032 – RM2600 = RM1432 adalah wang terlebih bayar.
Jumlah wang yang anda dapat balik:
Anda sudah tahu yang anda terlebih bayar setiap tahun sebanyak RM1432 setahun betul? Jadi sudah berapa lamakah anda membuat bayaran bulanan tersebut? Dalam kes ini, anda sudah bayar selama 4 tahun dan anda mahu berhenti dan tamatkan loan asb anda. Jadi wang terlebih bayar ini selama 4 tahun adalah = RM1432 x 4 tahun = RM5728. Inilah wang yang anda akan dapat selepas anda tamatkan loan asb anda selepas 4 tahun.
Semoga penjelasan mengenai cara menamatkan loan ASB dan cara kiraan wang yang anda dapat balik selepas tamatkan loan ini memberi fahaman kepada anda. Apa pun, jika anda tidak betul-betul terdesak kewangan tidak perlulah untuk tamatkan loan ASB anda. Semoga bermanfaat!