Permohonan Biasiswa Karangkraf 2022 Terbuka Buat Lepasan SPM, STPM & Diploma
Biasiswa karangkraf adalah sebuah Dana Pendidikan yang diwujudkan oleh KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF untuk membantu para pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah.
Untuk makluman anda, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terpilih yang tersenarai di bawah. Muat turun borang permohonan yang dikongsikan untuk buat permohonan.
Semak syarat kelayakan dan panduan membuat permohonan Biasiswa Karangkraf di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
MISI
- Mewujudkan dana pendidikan kepada kakitangan, anak kakitangan dan para pembaca Karangkraf yang layak sebagai satu kemudahan kepada mereka.
- Satu pendekatan pihak swasta dalam membantu dan bersama-sama dengan masyarakat bagi menjalankan tanggungjawab sosial (CSR).
- Membantu para pekerja Kumpulan Karangkraf dan anak syarikatnya di dalam perkembangan kerjaya mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
VISI
- Meningkatkan keterampilan, pengetahuan dan kelayakan para penerima dana melalui program pendidikan formal yang ditawarkan.
- Menyumbang kepada pembangunan masyarakat Malaysia yang berpendidikan tinggi dan membangun.
OBJEKTIF BIASISWA
Biasiswa Karangkraf disediakan dengan matlamat seperti berikut:
- Membantu pelajar yang kurang berkemampuan dalam melanjutkan pengajian ke university swasta (IPTS)
- Memberi peluang kedua kepada pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di IPTA
- Mengurangkan pergantungan kepada pinjaman pendidikan
INSTITUSI PENGAJIAN
Pelajar dari institusi pengajian berikut adalah dipelawa untuk mohon:
- Kuala Lumpur Metropolitan University Collage
- Cosmopoint College
- Universiti Selangor
- SEGi University
- Universiti Tun Abdul Razak
- Universiti Tenaga Nasional (*Tiada pengambilan buat masa ini)
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
- UNITAR International University
- Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim
- Ranaco Education & Training Institute
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun
- Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian), STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 3.00
- Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum
- Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris
- Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
- Menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00
KAEDAH PERMOHONAN
Borang permohonan boleh dicetak di laman web http://www.karangkraf.com/dana. Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPTS. Pemprosesan permohonan tersebut mengambil masa selama 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan.
Di antara dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk diserahkan adalah seperti berikut:-
- Borang Permohonan Biasiswa Karangkraf.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama);
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTS (surat tawaran dari cetakan laman web IPTS boleh diterima);
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI
- Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja – IBU, BAPA, PENJAMIN 1 DAN 2
- Salinan kad pengenalan / salinan Passport ibu dan bapa kandung;
- Salinan kad pengenalan / salinan Passport PENJAMIN 1 DAN 2;
- Salinan sijil kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan;
Nota: Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelajar masih boleh menghantar permohonan Biasiswa Karangkraf. Sila muat turun dan lengkapkan borang permohonan dan lampirkan bersama-sama dengan dokumen sokongan yang dinyatakan.
Permohonan boleh dihantar dalam bentuk PDF melalui emel berikut:
- Emel: danapendidikan@karangkraf.com
Maklumat Lanjut
Nama Pegawai : Zanaria Binti Mohammad
Alamat : Biasiswa Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf , Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15,40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-5101 7565/7560
No. Faks : 03-5101 7588
Emel : zanaria@karangkraf.com.my/danapendidikan@karangkraf.com
Facebook : Biasiswa Karangkraf
Laman Web: http://www.karangkraf.com/dana