Permohonan Bantuan Khas RISDA, RM300 Secara One Off Kepada Pekebun Kecil
Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 atau dikenali sebagai BKC 2020 ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil yang terjejas pendapatannya akibat penularan pandemik COVID-19. Hampir 500 ribu peneroka, peserta dan pekebun kecil yang bernaung di bawah FELDA, RISDA dan FELCRA di seluruh negara dikatakan terjejas.
Kini pekebun kecil yang layak dan memenuhi syarat boleh membuat permohonan bantuan khas ini dan terima bantuan sebanyak RM300 yang dibayar secara one-off. Permohonan boleh dibuat sehingga 30 Jun 2020.
Semak syarat kelayakan bantuan dan cara membuat permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
SASARAN BANTUAN KHAS PEKEBUN KECIL
Bantuan terbabit akan memberi manfaat kepada 113,000 peneroka FELDA, 90,000 pengusaha FELCRA dalam kategori B40 dan 292,000 pekebun kecil RISDA, iaitu pekebun yang mengusahakan tanah dengan keluasan tidak melebihi 2.5 hektar.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS PEKEBUN KECIL
Syarat-syarat kelayakan bagi kategori Pekebun Kecil dan Penoreh Bukan Pemilik adalah berbeza. Semak kelayakan bagi 2 kategori tersebut di bawah.
Syarat Kelayakan Pekebun Kecil:
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja
Syarat Kelayakan Penoreh Bukan Pemilik
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) LGM yang masih sah
CARA MEMOHON
1. Pemohon Pekebun Kecil RISDA hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) dan salinan jika ada;dan
- Geran asal tanah dan salinan; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
2. Permohonan BKC 2020 bagi Pekebun Kecil RISDA yang menyertai program tanam semula atau tanam baru, Program Lonjakan Mega Luar Bandar yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang diuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (SMR) beserta dokumen sokongan berikut:
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) dan salinan jika ada;dan
- Geran asal tanah dan salinan; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
3. Pemohon Pekebun Kecil RISDA dari Agensi lain (Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), KESEDAR, KETENGAH dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan) hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (Agensi) dan disahkan oleh Agensi yang berkaitan beserta dokumen sokongan berikut:
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Geran asal tanah dan salinan; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
4. Pemohon Pemilik Pengusaha di Sarawak yang tiada geran hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (NCR) dan disahkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan Jabatan Tanah dan Surveri (JTS) beserta dokumen sokongan berikut:
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Geran asal tanah dan salinan; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
5. Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BKC2020-01 (Penoreh) dan disahkan oleh pemilik tanah/wakil yang sah beserta dokumen sokongan berikut :
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
- Salinan geran lot yang ditoreh; dan
- Salinan Kad PAT-G; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
6. Pekebun Kecil yang tidak layak menerima BMT 2019 juga boleh hadir ke Pusat Tanggungjawab RISDA untuk mengemaskini maklumat peribadi dan milikan tanah bagi melayakkan menerima BKC 2020 dengan melengkapkan Borang Deklarasi BKC 2020 beserta dokumen sokongan berikut :
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) dan salinan jika ada; dan
- Geran asal tanah dan salinan; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
PUSAT PERMOHONAN BANTUAN
Bawa borang dan dokumen berkaitan semasa membuat permohonan.
- Permohonan BKC 2020 bagi Pekebun Kecil RISDA boleh dibuat di mana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA yang berhampiran
- Permohonan Penoreh Bukan Pemilik hanya boleh dibuat di Pusat Tanggungjawab di mana kebun yang ditoreh itu berada.
Disyaratkan jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat dan hanya seorang penerima bantuan sahaja bagi setiap lot.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT ATAU PERMOHONAN BARU
Bagi yang sudah membuat permohonan dan ingin kemaskini maklumat atau membuat permohonan baru, sila pergi ke Pejabat RISDA berhampiran dan bawa dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Baru
- Salinan Kad SIC RISDA (jika ada)
- Salinan Geran Tanah yang sah
- Salinan Buku Akaun Bank yang aktif
- Salinan Kad Pengenalan Baru Pemilik Tanah (bagi Penoreh Bukan Pemilik)
- Salinan Kad PAT-G LGM (bagi Penoreh Bukan Pemilik)
Diingatkan sekali lagi, tarikh tutup permohonan adalah pada 30 JUN 2020. Jadi pemohon digalakkan membuat permohonan sebelum tarikh tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020, anda boleh layari laman web rasmi RISDA.