Contoh Surat Aduan Ke Jabatan Tenaga Kerja Jika Diberhentikan Kerja Oleh Majikan Sepanjang PKP Tanpa Sebab
Pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia termasuk Malaysia merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat dunia. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak isu mengenai pekerjaan kita dapat lihat.
Banyak industri terjejas akibat daripada PKP dan menyebabkan mereka mengalami kerugian yang banyak. PKP ini memberi impak kepada majikan dan pekerja sehinggakan ada pekerja yang diberhentikan dan diberi cuti tanpa gaji.
Namun sebenarnya majikan tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan pekerja.
Baca juga: Macam Mana Nak Tahu Samada Pembuangan Kerja Ikut Undang-undang Atau Tidak
Bagi pekerja yang telah diberhentikan kerja sepanjang PKP ini tanpa sebab, anda boleh buat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan membuat surat aduan.
Berikut adalah contoh surat aduan yang boleh pekerja gunakan untuk membuat aduan ke JTK melalui email.
CONTOH SURAT ADUAN DIBERHENTIKAN KERJA
Anda boleh gunakan contoh draf surat di bawah untuk membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja jika diberhentikan kerja oleh majikan tanpa sebab.
Anda boleh juga tambah lagi maklumat yang perlu anda kemukakan dan padam apa yang tidak perlu di dalam surat tersebut.
Setelah anda sediakan surat aduan seperti di atas dan save dalam bentuk PDF, hantar ke alamat email jtksm@mohr.gov.my. Lampirkan sekali dengan Offer Letter/Employment Letter, Termination Letter, Memo Majikan Gaji Dipotong, Email oleh majikan mengenai Unpaid Leave atau apa-apa dokumen yang boleh dijadikan fakta hujah berkenaan isu anda dan majikan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam memberi idea kepada anda untuk membuat surat aduan kepada JTK jika anda diberhentikan kerja tanpa sebab. Ingat, majikan tidak selalunya betul. Walaupun kuasa mereka lebih besar, kita juga mempunyai hak untuk bersuara kerana tindakan memberhentikan kerja ini adalah bercanggah dengan perintah dan saranan kerajaan kepada pihak majikan supaya mengekalkan pekerja-pekerja dalam tempoh PKP ini.