Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave • Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •

Hari Raya Aidilfitri Disambut Ahad Ini / 1 Syawal 1441H

Oleh eduadmin • May 22, 2020 • 1 min baca

Hari Raya Aidilfitri Disambut Ahad Ini / 1 Syawal 1441H
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

Jadi sempat lagi untuk anda hantar ucapan dan pantun Hari Raya Aidilfitri.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 24 Mei 2020,” katanya.

Pengumuman tarikh sambutan Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan pada 8 malam.

Aidilfitri tahun ini bakal disambut dalam normal baharu berikutan wabak Covid-19 apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Paling ketara, perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan menyaksikan warga kota tidak boleh balik kampung menyambut lebaran seperti kebiasaan.

Penulis

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.