Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Anak-anak Boleh Melabur Seawal Umur 3 Tahun
Amanah Hartanah Bumiputera(AHB) adalah unit amanah patuh syariah pertama di Malaysia yang diuruskan oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dengan had maksimum pelaburan skim kini berjumlah sehingga RM500,000 dan minimum RM100 sahaja.
Ramai yang tidak tahu menggunakan AHB sebagai satu tempat untuk melabur. Dividen AHB boleh dikatakan agak tinggi dan lebih kurang kadar dividen ASB.
Baca juga: Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen
Dana AHB adalah terbuka kepada semua Bumiputera yang berumur seawal 3 tahun. Pelabur berumur di bawah 18 tahun layak membuka akaun AHB yang dinamakan Akaun Remaja di bawah jagaan ibu bapa.
Berikut adalah perkongsian kelebihan melabur dengan AHB dan cara membuka akaun AHB.
Isi Kandungan
KELEBIHAN MELABUR DI AHB
Antara kelebihan apabila anda melabur di AHB adalah:
- Pelaburan ini disokong oleh hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia.
- AHB adalah skim pelaburan yang telah disahkan sebagai patuh Syariah.
- Dana diuruskan oleh pengurus dana profesional dan berpengalaman.
- Mampu kerana ia hanya memerlukan pelaburan permulaan kecil.
- Hak dan kepentingan anda dipantau dengan teliti oleh Pemegang Amanah untuk Dana.
- Pelaburan jangka panjang dengan pulangan berpotensi kompetitif.
- Rangkaian cawangan Maybank dan AmBank yang meluas di Malaysia
CARA BUKA AKAUN AHB
Ikuti langkah berikut untuk membuka akan AHB:
- Sebelum buka akaun AHB, pelabur mestilah mempunyai akaun simpanan Maybank atau AMBank.
- Cari lokasi ejen AHB iaitu cawangan Maybank atau AMBank yang terdekat.
- Anda perlu hadir ke kaunter pertanyaan untuk maklumkan pembukaan akaun Amanah Hartanah Bumiputera.
- Anda akan diminta berjumpa dengan Eksekutif Kewangan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AHB.
- Anda diberikan pilihan sama ada buka akaun AHB untuk remaja atau dewasa mengikut umur pelabur sendiri.
- Serahkan borang yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda juga perlu masukkan modal permulaan pelaburan dalam bentuk tunai atau cek di kaunter bank.
- Selepas permohonan selesai diproses, anda akan diberikan salinan borang pendaftaran yang disahkan sebagai bukti pelaburan.
- Selesai proses buka akaun AHB.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuka akaun AHB dan mulakan pelaburan anda secepat mungkin. Ingat, pastikan kita mempunyai wang simpanan untuk masa depan dengan membuat pelaburan awal. Jangan sesal di kemudian hari!
Apakah bentuk sokongan pelaburan AHB ini?
Pelaburan ini disokong oleh hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia.
Adakah pelaburan AHB patuh Syariah?
AHB adalah skim pelaburan yang telah disahkan sebagai patuh Syariah.
Siapa yang menguruskan pelaburan dana AHB?
Dana diuruskan oleh pengurus dana profesional dan berpengalaman.
Adakah sesiapa sahaja mampu melabur?
Mampu kerana ia hanya memerlukan pelaburan permulaan kecil.